Satu lagi kisah menyayat hati apabila sorang gadis OKU dibuang ibunya di tepi jalan...
BUTTERWORTH: “Kalau hang (awak) balik juga, mak pukul dengan kayu,” kata Zuraini Abdul Kadir, 29, gadis lembam ketika menceritakan nasibnya yang mendakwa `dibuang’ keluarganya sendiri.
Lebih malang, gadis berkenaan yang juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bukan saja tidak dikehendaki ibu bapanya yang sudah berpisah itu tetapi, ‘dibuang’ dengan cara menyayat hati apabila ditolak keluar dari kereta, Ahad lalu. Difahamkan, gadis berkenaan dibiarkan di tepi jalan bersama beg pakaian dekat Taman Cantik, di sini, selepas ditinggalkan ibu kandungnya bersama bapa tiri dan seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta.
Bagaimanapun, nasib menyebelahi gadis malang itu apabila seorang saudaranya yang kebetulan melalui jalan itu menemuinya sebelum membawanya pulang ke rumah mereka.
Selain itu, gadis berkenaan dikatakan bukan sekadar ‘dibuang’, tetapi wang bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan sejak dua tahun lalu dipercayai dikeluarkan keluarganya tanpa pengetahuannya berikutan dia tidak tahu menulis dan membaca.
Difahamkan juga, ibunya kini tinggal di Kulim, Kedah, manakala bapanya pula menetap di Ampang Jajar, di sini Gadis berkenaan ditemui media ketika menerima kunjungan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan, David Chua bersama pegawai JKM di rumah ibu saudaranya di Kampung Federal, di sini semalam.
Zuraini yang faham penderitaan dialaminya sesekali menitiskan air mata walaupun tidak dapat menceritakan dengan panjang lebar sejarah hidupnya itu.
Ibu saudaranya, Zaiton Abu Ghany, 39, berkata, Zuraini adalah anak sulung daripada empat beradik pada mulanya dijaga ibu bapanya sejak dilahirkan sebelum dihantar ke Taman Sinar Harapan Jubli, Johor Bahru ketika berusia lapan tahun sehingga gadis itu berusia 26 tahun.
“Saya diberitahu dia kemudiannya diserahkan pula kepada ibu kandungnya hinggalah saya menemuinya di tepi jalan di Taman Cantik bersama beg pakaian lalu membawanya pulang ke rumah,” katanya.
Menurut Zaiton, jika diberi peluang dia boleh menjaga Zuraini tetapi rumahnya sendiri juga sempit dengan hanya sebuah bilik selain mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa.
“Kami simpati nasibnya yang dibuang ibu bapa kandung dan tiri. Kalau saya orang senang, tentu saya akan menjaganya, tetapi masalahnya saya sendiri pun orang susah,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Utara, Mohd Rahim Mohd Aliff berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kes Zuraini kerana gadis itu pernah ditempatkan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bagan Indah, di sini sebelum ke Darul Hanan.
“Setakat ini, dia masih mempunyai ibu bapa kandung serta ibu bapa tiri dan jika siasatan kami mendapati tidak diterima keluarga sendiri, kemungkinan akan ditempatkan di Rumah Perlindungan Jitra di Kedah selepas ini,” katanya.
p/s:masih ada jugak ibu yg macam ni..hmmm
4 comments:
dr mn dpt info nih..?saya sarankan jgn dgr sebelah pihak ja yg bercakap..selidik dahulu crita yg sebenar sblm mengeluarkan cerita yg boleh mengaibkan org..
@roha
ni sumber dr berita la awak.. sy tgk kat berita n di paper..awk bole tgk link ni
http://www.hmetro.com.my/articles/Gadislembamdibuangditepijalan/Article
mbi slh sy xbg taw sumber
@Cik CM sumber ni pn x benar critanya..sbb kita dgq dr sblh pihak ja kan..?apa kta kita cungkil cerita sebenar disebalik kejadian nih...klu kita cuba mengaibkan org dn trus menghukum,itu sememangnya tdk adil dan di anggap sbgai fitnah..
@roha
tp sumber tu dr kenyataan mangsa n saksi iatu saudara mara mangsa sendiri.. skang ni pun kes ni diambil oleh jkm sndirri.. mebi ada tindakan lain dr mereka.. tp, buat masa ni sy sy tak dengar lg kenyataan dr pihak sebelah sana.
Post a Comment