Kawan2 Cik CM

Friday, 28 September 2012

Perkahwinan Sharifah Khasif Fadzilah



ASSALAMUALAIKUM !


Baru2 ni kita digemparkan dengan spekulasi perkahwinan Sharifah Khasif Fadzilah. Naib Johan Akademi Al-Quran Musim ketiga yg lebih dikenali sebagai Kak Ila dalam family Cik CM or Khasif dikhabarkan telah bernikah secara sembunyi atau nikah di Siam dan isu isteri kedua.


Statemen dr PA Kak Ila

Erm,sebegitu teruk dugaan yg diterima. Sebagai ahli Al-Quran berita macam ni memang mengaibkan keluarga kedua2 belah pihak.


Sharifah Khasif telah melangsungkan perkahwinan bersama Datuk Sri Mohammad Hizal Othman di Royal Golf Club Ipoh Perak pada 7 September 2012. Pernikahan juga dilakukan pada hari yg sama tapi dirumahnya di Manjoi, Perak. Akad nikah telah dilaksanakan oleh adiknya sendiri iaitu Syed Nizam.


Pe yg menghairankan Cik CM kenapa perlu timbul soal dye nikah sembunyi. Sedangkan terlalu banyak press n wartawan kat situ. Dalam majlis resepsi tu pulak Aziz Desa jadi MC !


Baru2 ni Isteri pertama Datuk Sri Mohammad Hizal Othman membuat statemen melalui emel yg dihantar kat metro pasai spekulasi ini.


Statemen madu Kak Ila

Berdasarkan emel, jelaslah Sharifah Khasif ni bermadu tapi perkahwinan tu dipersutujui sendiri oleh madunya. Tiada istilah hantar madu ke luar negara waktu pernikahan tu. Kat bawah ni Cik CM sediakan beberapa gambar yg sempat diambil oleh mak sedara Cik CM waktu majlis tersebut. Sory agak lambat sebab tak dapat datang ke majlis tu. Huhuhu


Gambar Pernikahan





Belah kiri ujung mak Kak Ila



Bukti Press datang............
.
.
.
.
.

TV3 yg datang kot !




Gambar Perkahwinan


bersama ratu chess Malaysia Puteri Rabiatul Adawiyah

berjumpa nenda Cik CM


Keluarga Cik CM

Sudah nampak sekarang?? Sory sebab baru skang nak kluarkan gambar. Cik CM memang takde masa majlis tu berlangsung.


Sumber: Dari kamera mak sedara..



p/s: Semoga Kak Ila bahagia hingga ke ahir hayat.. :')

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Dah besar da Adik



ASSALAMUALAIKUM !


Entry pagi ni Cik CM buat khas untuk adik Cik CM yg bongsu ! 
Untung la befday hari Jumaat.. (Jangan lupa pergi solat jumaat !)



muka eksaited je !
 


SELAMAT HARI JADI ADIK !

HEPI BUFDAY TO YOU,
HEPI BUFDAY TO YOU,
HEPI BUFDAY TO ADIK,
HEPI BUFDAY TO YOU, 


Eyh?? raya ke befday ni??

Wah, bulan ni saja wat entry bufday sampai 2 kali. (Kalau korang perasan entry yg lepas la). Mana tak nya, adik beradik Cik CM ada 6 orang, 3 laki n 3 pompuan. Stiap org akan bufday berpasangan. Unik tak?? Hehehe


Tak sangka pejam celik da besar da adik Cik CM yg bongsu ni. Yg ni namanya Raja Muhd Alimin. Bole add fb dye kalau nak ! Kecik2 da ada pesbuk ! Jangan nak menggatai suda la..  Da 11 tahun da pon. Maksudnya Cik CM makin tua la... ! Aiyak ! Takpe, muka forever21.. Haha


Kitorang kat rumah memang sayang sangat kat dye. Maklumla 10 tahun idop tanpa kasih sayang sorang abah. Sekurang2nya merasa kasih sayang dr abang2 n kakak2 dye ni.. kan??


Ye, da 10 tahun abah Cik CM pergi meninggalkan kitorang. Abah Cik CM meninggal waktu adik Cik CM baru 7 bulan. Sedih kan?? Tapi tu la lumrah kehidupan. Sejak abah takde ibu la yg cari keje bg makan kt kitorang. Kurang pulak kasih sayang dr ibu.. sian kan?? Dari kecik sampe besar mak sedara Cik CM yg jaga dye..


Cik CM pernah tanya dye...

"abah mana??"

Dye cakap..

"abah dalam tanah"


Mungkin dye xtaw pe maksud dalam tanah tu. Entah2 main hentam kromo je sebut sebab dengar kitorang selalu sebut. Tapi skang dye da taw. Abah da meninggal. 


Dye memang adik yg baik. Tak kedekut, agak rajin tolong orang (walaupun kene suruh dulu), penyayang, comel... Eyh!


Dulu Cik CM study, jarang sangat balik rumah. Ye la balik pun time cuti semester je. Tapi, stiap kali balik dye selalu datang kat Cik CM n cakap satu benda je..

"Kak, nak laptop !" sambil tunjuk muka sposen.. (sabar je la) =.='


Satu lagi time nak makan. Dye selalu ajak Cik CM makan sama2 ngan dye. Sweet kan? Dye sorang je la adik Cik CM yg selalu wat camtu.


Kadang2 kalau dye nakal Cik CM selalu marah n pukul dye. Cik CM tak sengaja  nak wat camtu. Pehtu, time dye tdow Cik CM tengok dye rasa kesian pulak. Sedih tengok dye.. Hmm T_T


Asal rasa panas je muka ni???


Da wat entry ni rasa rindu lak kat dye. Tadi ingat nak wish befday kat dye sebelum dye g skola. Kol sorang2 kat rumah tu, sorang pun tak nak jawab ! Ye la, budak kecik macam dye takkan nk bagi pkai henset pulak kan???


Btw, hepy bufday adik ! Smoga panjang umor n berjaya dalam pelajaran. Jangan ingat nak main je ! Kurangkan g Cyber Cafe. Kalau xtaw nak buat pe duit banyak2 tu, bagi kat akak je.. Hahahaha

kuat bergaya toi.. bajet chomell le tu

Cik CM pernah dengar, dalam rumah anak yatim pasti akan diuji dengan anak yg nakal untuk menguji kita bagaimana menjaga mereka. Untung dapat jaga anak yatim dengan baik. Besar pahala nya taw. Semoga Allah kuatkan hati kami untuk menjaga mereka.. aminnn


p/s: Befday adik sama ngan Avril Lavigne la.. faveret artis tu.. Tak caya klik sini..
**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Thursday, 27 September 2012

Bila ada Student tak puas hati dengan pensyarah..



ASSALAMUALAIKUM !


Fuhh ! Punye la lama tak hupdate blog. Da bersawang??? Ish2 !!


Eh ! Sory bukan nak cite pasai blog yg da bersawang. Cik CM nak bukak cite pasai sorang studen ni la.
Cik CM tak sangka sampai macam ni skali dye tak pueh hati dengan lecturer dye.
Korang nak taw dye watpe??
Meh sini nak bisik... Hahahaha (jangan marah)


Okehh2...


Studen ni sebenarmya siap bukak blog untuk kutuk pensyarah2 dye. Blog yg diberi nama BAD LECTURERS ni menyenaraikan pensyarah2 yg dye tak suka. Siap buat description lg.
Ehmmm, ada jugak kes macam ni kn?? Sape la tuan punya blog ni?


Actually, td Cik CM try bukak portal u nak tengok nama lecturer pelawat untuk praktikal ni. Bese la budak tak abis skola lg kan.. Huhu..  Bukak2 je portal nama tak kenai pulak yg kluar.. Adooii, dalam hati resah, gelisah, gundah, gulana pkir sape la gerangan lecturer yg tak diundang tu.. Aish !


slip praktikum Cik CM



Tangan dengan pantas menaip nama beliau di portal. Tapi............ 

 "tiada data"???


So, Cik CM trpaksa menggunakan satu2nya alternatif yg ada ngan tanya pak cik Google !
Pak cik Google ngan senang hatinya memberi blog yg Cik CM mentionkn td..


Bole tahan muka lecturer ni.. ;p

Tu dia aih ! Bole tahan jugak budak ni mengata. Asalnya nak tengok muka je. Bajet nak knai2 la senang kalau dye dtg mengejut bole la cam muka dye. Last2 dapat taw sket2 perangai lecturer ni.. Hahaha
Btw, ni taon 2006. Da 6 taon berlalu. Agak2 still sme ke eyh???? Hmmm...

Psssttt.. tak yah taw la dr u mne.. Hehe


p/s: Tak baik memburuk2kan pensyarah or guru kita sebab nanti tak berkat ilmu yg kita belajar.. :')

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Wednesday, 26 September 2012

Wordless wednesday # 1






p/s: Sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yg diberikan.. ♥ Allah :')
**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Friday, 21 September 2012

Iklan !! Kelas chess bersama Ratu Chess Malaysia




ASSALAMUALAIKUM !
 




Sape peminat chess kat sini????
Cik CM tak berapa minat. Tapi kalau badminton n bola sepak takpe la. Dua permainan ni je yg femes kat Malaysia pun kan???


Hari ni Cik CM nak tolong mak sedara Cik CM. Dye nak buat kelas chess. Tapi kelas ni hanya untuk budak berumur 4 hingga 6 tahun. Yg paling special setiap kelas mi akan dihadiri ratu chess Malaysia. Korang pernah dengar tak nama Puteri Rabiatul Adawiyah. Nak taw cite pasai pe bole tengok link bawah ni. 



Puteri Rabiatul Adawiyah ni merupakan atlit termuda negara sebab mewakili negara dalam pertandingan catur kat india taon lepas ketika berumur 4 tahun ! Kau hado??? Hahahaha.... Cik CM time2 camni stil isap puting lg.. ooppss!!


Sape2 yg ada anak or adik2 yg msih kecik tu bole la anta. Korang taw tak main chess ni bole kembangkan minda dengan cepat sebab kita kene banyak pikir. mana la taw satu ari nanti akan jd macam si cilik Adawiyah ni..


Nak join kelas bole kol no ni.. 

012-3415030

Ataupun tinggalkan komen anda di kotak komen di bawah. insyaAllah Cik CM akan hubungi korang.. Eh ! Lupa nak bg taw.. hanya area Shah Alam je taw..


Sambil2 tu ringan2kn tangan like fanpage Puteri Rabiatul Adawiyah ni... :')

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Ibu Kejam ! Gadis OKU dibuang di tepi jalan




ASSALAMUALAIKUM !


gambar sekadar hiasan


Satu lagi kisah menyayat hati apabila sorang gadis OKU dibuang ibunya di tepi jalan...



BUTTERWORTH: “Kalau hang (awak) balik juga, mak pukul dengan kayu,” kata Zuraini Abdul Kadir, 29, gadis lembam ketika menceritakan nasibnya yang mendakwa `dibuang’ keluarganya sendiri.
Lebih malang, gadis berkenaan yang juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bukan saja tidak dikehendaki ibu bapanya yang sudah berpisah itu tetapi, ‘dibuang’ dengan cara menyayat hati apabila ditolak keluar dari kereta, Ahad lalu. Difahamkan, gadis berkenaan dibiarkan di tepi jalan bersama beg pakaian dekat Taman Cantik, di sini, selepas ditinggalkan ibu kandungnya bersama bapa tiri dan seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi gadis malang itu apabila seorang saudaranya yang kebetulan melalui jalan itu menemuinya sebelum membawanya pulang ke rumah mereka.
Selain itu, gadis berkenaan dikatakan bukan sekadar ‘dibuang’, tetapi wang bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan sejak dua tahun lalu dipercayai dikeluarkan keluarganya tanpa pengetahuannya berikutan dia tidak tahu menulis dan membaca.

Difahamkan juga, ibunya kini tinggal di Kulim, Kedah, manakala bapanya pula menetap di Ampang Jajar, di sini Gadis berkenaan ditemui media ketika menerima kunjungan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan, David Chua bersama pegawai JKM di rumah ibu saudaranya di Kampung Federal, di sini semalam.

Zuraini yang faham penderitaan dialaminya sesekali menitiskan air mata walaupun tidak dapat menceritakan dengan panjang lebar sejarah hidupnya itu.

“Saya sayang mak...sayang bapa, tapi mak tak sayang saya,” katanya dalam keadaan sebak.

Ibu saudaranya, Zaiton Abu Ghany, 39, berkata, Zuraini adalah anak sulung daripada empat beradik pada mulanya dijaga ibu bapanya sejak dilahirkan sebelum dihantar ke Taman Sinar Harapan Jubli, Johor Bahru ketika berusia lapan tahun sehingga gadis itu berusia 26 tahun.
Menurutnya, selepas itu dia dijaga pula ibu tirinya sebelum dihantar ke Darul Hanan di Pongsu Seribu, di sini, pada 2010. Katanya, pengurusan pusat jagaan itu menyerahkan semula gadis terbabit kepada ibu tirinya pada Julai lalu disebabkan masalah tertentu.

“Saya diberitahu dia kemudiannya diserahkan pula kepada ibu kandungnya hinggalah saya menemuinya di tepi jalan di Taman Cantik bersama beg pakaian lalu membawanya pulang ke rumah,” katanya.

Menurut Zaiton, jika diberi peluang dia boleh menjaga Zuraini tetapi rumahnya sendiri juga sempit dengan hanya sebuah bilik selain mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa.

“Kami simpati nasibnya yang dibuang ibu bapa kandung dan tiri. Kalau saya orang senang, tentu saya akan menjaganya, tetapi masalahnya saya sendiri pun orang susah,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Utara, Mohd Rahim Mohd Aliff berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kes Zuraini kerana gadis itu pernah ditempatkan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bagan Indah, di sini sebelum ke Darul Hanan.

“Setakat ini, dia masih mempunyai ibu bapa kandung serta ibu bapa tiri dan jika siasatan kami mendapati tidak diterima keluarga sendiri, kemungkinan akan ditempatkan di Rumah Perlindungan Jitra di Kedah selepas ini,” katanya.



p/s:masih ada jugak ibu yg macam ni..hmmm
**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Thursday, 20 September 2012

Hari Blogwalking dan Follow sampai Lebam




ASSALAMUALIKUM !


Sebenarnya Cik CM stil dalam segmen semalam yg Cik CM join tu.


Nak taw klik sini..
klik taw.. bole tambah ramai kawan2 blogger..


So, disebabkan kebosanan tahap melampau, Cik CM ingat nak jalan2 cuci mata sambil follow. Bia lebam2 tangan tekan mouse pun takpe asalkan pueh ati.. Toi tak??


Kawan2 dari segmen yg sama tunggu kedatangan sy okehh.. Banyak tempat nak pergi ni. Kalau tak silap da 200++.... Fuhhhhh!!! Thanx la pada yg da follow semalam. Cik CM da follow korang da.. :')


Yg tak join segmen tu kalau nak Cik CM melawat korang pun bole jugak. Tulih kat komen ye. Jangan malu2. Sekurang2nya dapat jugak korang traffic free.. Hehe

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Wednesday, 19 September 2012

SEGMEN : Jom tingkatkan Followers Sampai Lebam



ASSALAMUALAIKUM !


Klik Banner untuk join :')


Cik CM nak join segmen lg. Kali ni dari Sa Michaisi..

Syarat2 mudah giler..



 Followers #113


Start 16 September 2012 (join terlambat sket) n tak pasti lg tarikh tutup..


 Join join ramai2. Bole tambahkan lg follower korang.. ngee~~






**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Friday, 14 September 2012

Astaghfirullah ! Pelajar tingkatan dua didakwa sumbang mahram dengan kakaknya



ASSALAMUALAIKUM !






Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jerantut atas tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November tahun lepas.

  
Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.



Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di Jerantut pada 12 tengah malam , November 2011.


  
Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.


  
Remaja itu dikenakan ikatjamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan.


  
Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu.


  
Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Insp Arifin Saidun manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Kamaruddin.


  
Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lepas dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu.

Cik CM terpikir camne budak tu bole lahir? Selama 9 bulan takkan la parents dorang tak perasan kot? Busy sangat ke???  


sumber: Bernama

p/s: budak2 zaman skang memang patot kene pantau dengan lebih ketat..  Kalau tak rosakla...
**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

GiveAway : Saya Mau Novel dari Onenie



ASSALAMUALAIKUM !




klik banner untuk join.. :')


Cik CM nak mulakan hari ni dengan join GA dari Onenie. Ni fez time Cik CM join GA kot. Thanx la Onenie sebab sudi jemput Cik CM join. Selama ni ramai blogger lain yg ajak join GA dorang. Tapi, siyez Cik CM segan nak join sebab ramai giler blogger2 otai yg join. Ye la blog Cik CM da macam hidup segan mati tak mahu je.. Huhu


Papepon Cik CM join untuk novel tu je.. Haha.. 
Bese la ekonomi ngah meleset skang ni tak mampu la teman nak beli novel baru.


Korang pun join la skali okehh. Bg la support sket kat industri berblogging kita. Haha.. (ayat sengal)~~


Cik CM nak TAG


Tarikh tutup
21 September 2012



**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Thursday, 13 September 2012

Seram| 50 Pelajar sekolah histeria



ASSALAMUALAIKUM !


SEPANG: “Saya rasa panas, kaki terasa macam ada orang tarik dan tak boleh bergerak,” kata seorang pelajar tingkatan dua yang diserang histeria dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Kampong Datuk Abu Bakar Baginda di sini, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Nurul, 14, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 pagi iaitu selepas dia menghantar rakannya ke sebuah bilik rawatan kerana dikatakan lemah semangat akibat kejadian histeria di sekolah berkenaan. “Rakan saya itu memang seorang yang lemah semangat, sebab itu saya membantunya ke bilik rawatan di sekolah. Pada masa itu, di bilik berkenaan memang ada beberapa pelajar.

“Saya pun kemudian terus berjalan semula ke kelas, tetapi dalam perjalanan itu saya pula terkena gangguan.


“Saya rasa badan panas dan tak boleh bergerak sehinggakan saya terpaksa dibantu rakan dan guru untuk ke bilik rawatan.

“Waktu itu saya menjerit ‘panas, panas’. Beberapa orang guru dan pelajar cuba menenangkan saya dengan membacakan ayat suci al-Quran. Ada guru yang memegang saya, tetapi saya gigit tangan seorang daripada mereka dan minta dilepaskan,” katanya yang ditemui sebaik pulih daripada gangguan itu.


Sementara itu, menurut sumber, seramai kira-kira 50 pelajar diserang histeria bagi tempoh dua hari bermula kelmarin. “Kejadian dialami Nurul hampir sejam itu turut membabitkan pelajar lain, sehingga pembelajaran di sekolah berkenaan tergendala,” katanya. Katanya, berikutan itu pihak sekolah terpaksa mengarahkan semua pelajar pulang lebih awal daripada rutin harian persekolahan serta memberi mereka cuti rehat selama dua hari bermula hari ini dan esok. “Selepas kes itu, pihak sekolah tidak dapat meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa, malah meminta pelajar membaca surah Yasin sebelum mengeluarkan arahan supaya pulang ke rumah masing-masing,” katanya. Menurut sumber itu lagi, dia percaya gangguan berkenaan ada kaitan dengan beberapa tempat di dalam kawasan sekolah itu yang dikatakan agak ‘keras’.


“Pihak sekolah pernah mengeluarkan arahan supaya pelajar terutama yang lemah semangat menjauhkan diri dari tempat itu. “Antara tempat itu di belakang dewan serta blok dua yang menempatkan makmal, bilik muzik dan bilik kemahiran hidup,” katanya. Sementara itu, tinjauan Harian Metro mendapati pihak sekolah menampal notis cuti rehat di pintu pagar sekolah.


sumber: My Metro
**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

IPTA Gangnam Style?? Memalukan !!


Assalamualaikum !






Skang ni kalau kita tengok tak abis2 dengan trend tarian Gangnam Style. Cik CM pun tak paham la. Pe yang best sangat ngan tarian dr KOREA tu pun tak tau la. Fez time tengok video tu serius... sampah! Memang tak sesuai gler kalau budak2 bawah umor nak tengok. Apatah lg nak follow tarian tu..


Pehtu skang ni banyak yang kluar video parody macam KL Style, Sabah Style, Kampung Style?? 

Dan.......latest punya 


IPTA Gangnam Style !!!


Siyes malu beb ! Anak dara terloncat2 depan orang. Ada yang bertudung pulak tu ! Sape2 yang tengok mungkin akan taw dr u mana. Cik CM taknak sebutkan...


N paling annoy skali perlu ke nak upload kat you tube??? Perlu ke nak aibkan diri korang sendiri? Even nak publisiti sekalipun, ni bukan caranya la.. Peh tu da malu nak suh orang deletekan. Berani buat berani tanggung okehhh.... Korang kan studen mesti bole pikir kan??


video


Nak upload video macam Mat Luthfi takpe la. Sekurang2nya dye nak bg kesedaran kat kita.. Tak pun Maria Elena ke. Dye ajar cara pakai shawl. Memang cantik sgt tengok dye ngan Hanis Zalikha dalam Mad Markets..


 Guys, niat tak menghalalkan cara. Cik CM tak nak aibkan sesape cuma atas dasar prihatin n nak bg kesedaran kat korang semua. Kepada komentar2 di youtube tu korang kalau nak komen baik2 la sket. Jangan libatkan keseluruhan Universiti tu. Ni siap libatkan Naib Canselor bagai. Maap kalu ada yang terasa..


**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Wednesday, 12 September 2012

Hepi Befday Alang !! sweet 16~~


Assalamualaikum !



Hari ni bajet tak nak wat entry. #wordless wednesday# la konon kan. Tapi sebab hari ni special sket so, nak celoteh sket la.


Btw, hari ni befday adik Cik CM yang no. 4. Alang tu panggilan family. Nama sebenar Raja Nurhidayati. Add la kalau tak malu.. Hahahaha



HEPI BEFDAY ALANG !!!!!






~~HEPI BEFDAY TO YOU,
    HEPI BEFDAY TO YOU, 
    HEPI BEFDAY TO ALANG,
    HEPI BEFDAY TO YOU !!! YEAY!!~~

 
Actually Cik CM tak wish lagi kat dye. Tak dan nak wish la sebab da pergi skola. Dan......... pagi2 lg ibu da anta mesej. Tapi, sebab tak bangon lg ibu kol pulak lepas tu. Laa, Cik CM ingat la befday dye.. Mana bole lupa.. Ingat nak wish malam ni. Bajet jadi orang terakhir la...


Papepun dye memang adik terbaik.. Sifat2 dye yg Cik CM suka:-



Bole masuk kepala
Menjadi pendengar terbaik
Tak kedekut
Suka tolong orang
Dengar cakap (tak melawan)
Jenis tak berpihak kat sape



 
Semoga panjang umur, murah rezeki (bole bagi duit lg), n berjaya dalam  dalam pelajaran. Jangan nak bercintan-cintun sangat. Taon depan da SPM. Lurve u forever~~ Sory la takde presen.. tunggu taon depan InsyaAllah.. Hehehe



aku curik kat pesbuk ang.. :') (tudung pink adik Cik CM)


p/s: alang, aku wat entry special untuk ang.. okehh tak???

    **♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

    Tuesday, 11 September 2012

    Jom Naikkan Trafik Blog!


    Assalamualaikum !


     klik banner untuk join.. :')


    Setelah sekian lama tak menconteng kat sini Cik CM nak join segemen Mak Dara laa..

    Syarat-syarat dye mudah je..

    Sebenarnya Cik CM da stat berblog taon 2010. Tapi da buat blog baru sebab tengok blog tu cam tak menarik je (padahal lupa password)..  So, Blog Cik CM yang baru ni kalau ikutkan pasai pe yang Cik CM hadapi dalam kehidupan Cik CM. Mungkin juga orang2 yang berkaitan ngan Cik CM. Tapi, kalau korang perasan, blog Cik CM lebih menjurus kepada berita2 tentang masyrakat. Kadang2 ada la nasihat sikit untuk korang. Bukan untuk korang je tapi untuk Cik CM jugak.

    Tarikh tutup segmen 6 petang ni ! Cepat2 !




    **♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

    Friday, 7 September 2012

    Aaron Aziz di orientasi pelajar baru UUM?? TAK ADIL !


    Assalamualaikum !


    Pagi2 da bikin panas je. Sabar2 ! Dari semalam lg da panas da sebab baca kat MyNewshub Aaron Aziz akan datang kat UUM. Tapi tak kisah la sebab dye datang nak memeriahkan majlis Perasmian Penutup Bengkel Kesedaran HIV AID dan sebagai tetamu kehormat selebriti riben merah. Dalam hati pikir jugak. Banyak pulak duit UUM jemput Aaron Aziz.


    Bole korang imagine tak? Dari Singapura terus terbang ke Sintok kowt. Alaa, even stay kat KL pun dye stil org Singapura, kan? (cakap nak menang.) Hmm, rasanya Aaron Aziz da dapat taraf penduduk tetap kan?


    Tapi yang memanaskan hati, kepala n badan Cik CM bila tengok fb sorang kawan Cik CM ni laa.. Agak tergamam sebentar~~
     
    Aaron Aziz kat orientasi pelajar baru UUM???? Wahh, tak adil......

    Nyanyi lagu Yuna dulu.. ini tidak adil, tidak adil bagiku~~~
     

    Mase Cik CM orientasi dulu pun takde pun artis yang datang. Nak tengok artis kene tunggu time konvo. Huhu 

    Btw, untung laa korang budak baru. Korang berjaya buat Cik CM jeles pagi2..


     kat dewan Cik CM akan konvo taon depan..




    segala gambar dikutip dr pesbuk..
     
    p/s: Nak ilangkan tensen nak makan banyak2 ri ni.. untung ada open opis pagi ni.. :')

    **♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

    Thursday, 6 September 2012

    Duit Hilang Lagi??




    Assalamualaikum !




    Pagi tadi sementara nak tunggu bas nak pergi kerja, ibu Cik CM kol.

    "Duit ibu ilang lagi. Bukan sikit RM150. Masok kali ni da RM350 hilang ! Kalau wat beli barang dapur pown bole. Da la tu je duit ibu yang tinggai."


    Cik CM hanya mampu istighfar je. Sape yang ambik duit2 tu?? Kesian kat ibu. Menangis2 ibu cerita tadi. Cik CM tak taw nak tolong camne. Tengah sengkek jugak ni. Elaun praktikal pown ntah bila la nak dapat.. Huhu


    Yang herannya dye amik duit RM 50 je. Kalau syiling takpe la. Dalam rumah tu ada 4 orang adik2 Cik CM. Bila tanya semua tak ngaku. Tapi Cik CM tak caye dorang yang amik. Kalau dorang amik sekalipun dorang takkan amik sekali banyak camtu.


    Cik CM rasa kalau duit hilang ni ada beberapa kemungkinan:-

    1. Toyol


    Benda pertama yang kita akan fikir kalau kalau duit hilang ni mesti toyol kan. Ye la, kalau kita da tuka tempat simpan duit tapi still ilang sape lagi yang amik kan?? 


    2. Tanda-tanda terkena sihir

     

    Cik CM pernah baca salah satu tanda terkena sihir atau gangguan jin, duit selalu hilang kat rumah tanpa sebab. Nak baca lagi klik kat SINI sebab ada tanda2 yang lain yang Cik CM tak dapat nak senaraikan.


    3. Duit tak berkat



    Kadang2 manusia ni cepat alpa dengan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. Bila diberi sedikit kesenangan, kita lupa nak bersedekah. Mungkin duit yang hilang tu nak bg kesedaran kat kita supaya sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan. Satu lagi masalah rakyat Malaysia ni RASUAH ! Banyak akibat kalau terlibat ngan rasuah ni. Jauhilah Rasuah !


    Ada beberapa kaedah untuk korang kembalikan barang2 atau duit yang hilang. Salah satunya baca ayat dibawah ni ketika dalam sujud yang terakhir.




    Cara kedua ialah dengan membaca surah Dhuha dan diamalkan membacanya menjadi wirid tujuh kali pada setiap pagi ketika matahari terbit dan tujuh kali setiap matahari terbenam, insyaAllah akan terselamat dari kehilangan atau kecurian.
     

    Bagi Cik CM duit hilang ni berpunca dari diri kita sendiri. Mungkin kita tersalah letak dan lupa letak katne. Mungkin juga dari sikap kita selama ni yang tidak mensyukuri segala nikmat Allah. Jadi muhasabah diri la. Kepada Enchek tangan panjang tu bawak2 la bertaubat ye. Da la makan duit haram. Kalau orang tak halalkan jadi darah daging taw. Tak berkat hidup..:')


    p/s: Nak kene wat part time jugak ni.. =.='
    **♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

    Wednesday, 5 September 2012

    JIWA REMAJA




    Assalamualaikum !


    Cik CM taw mostly yang baca blog Cik CM ni dr kalangan remaja, kan? Kali ni Cik CM nak cakap pasai REMAJA. Mesti ada di antara korang kadang2 ase terkongkong n sampai satu tahap ase nak lari dr rumah. Pernah tak? Kalau pernah memang da trok sangat la tu. 


    Cik CM pown pernah jadi remaja macam korang. Skang pown remaja lg (nak interframe jugak). Kadang2 bila ibu Cik CM tak bagi kluar umah mula la wat muka ikan perkasam ! Huhu..  Satu yang Cik CM perasan la kan, girls terutamanya (sory, ye) kebanyakannya yang suka melawan mak ayah ni kalau berkaitan ngan boipren. Setuju tak??? Tak bole kluar umah la, parents tak suka la, tak bole balik lambat la.. macam2 la. Las2 menipu... Gulppp !! Menipu???


    Cakap pasai menipu parents ni Cik CM ada baca kat 1 blog ni psai sorang gadis berumur 14 tahun tipu mak dye nak pergi pasar malam. Padahal dye keluar ngan boipren dye. Las2 dirogol 4 lelaki bergilir termasuk la boipren tersayang tu. Sadis kan????


    Tu la dunia akhir zaman ni segala amalan kita Allah bayar cash je. Cik CM pown pernah wat entry psai akibat menipu ni las2 ditangkap khalwat. Nak taw lebih lanjut baca kat SINI.


    Cik CM pown pernah jugak melawan cakap. Las2 nangis sorang2 sebab ase banyak sangat dosa kat ibu. Cik CM memang jenis tak melawan ngan parents. Cuma bese la jiwa remaja. Korang takyah taw la kan pasai pe. Takkan nak bukak pekung luas2 kat sini kan. Tapi, Cik CM sempat mintak maap kat ibu Cik CM. Kat abah tak bole la. Da takde 10 taon yg lepas.. hmm


    Korang taw kan??




    Jadi, sementara masih ada peluang ni, mintak maap ngan parents korang okehh.. Jangan jadi cam sy tak dan nak mintak maap n balas budi pd abah. Jangan kesah sangat la ngan jiwa remaja korang tu. Bukan lama pown nak merasa. Nanti da jadi dewasa menyesal tak sudah.Kita kene ingat pe yang parents kita wat adalah untuk kebaikan kita. Mebi dorang dulu pernah wat lg terok dr korang n tak nak benda tu berlaku kat korang ke. Kita tak taw kan? So, kat bawah ni Cik CM sediakan doa untuk ibu bapa kita...




    p/s: Motip entry sebab berlaku something semalam.. :')



    **♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

    Tuesday, 4 September 2012

    SEGMEN:SAYA SUKA BLOGWALKING BY NURULFHMT

    ASSALAMUALAIKUM !


    klik banner untuk join..

    Di sebabkan takde mende nak celoteh kat sini, Cik CM ingat nak join segmen Nurul FHMT laa. Tadi Nurul ajak Cik CM join segmen "Blog aku cantik tak" dari Jiakreatifelt. siap tag lg nama Cik CM.. bangga2 !! Hehe.. thanx ye Nurul..Tapi blog pown xcntik n x segebu blog peserta2 lain so tak nak la join. Orang kata 'buat malu org kampung'?


    So, tak nak hampakan ati, Cik CM join segmen Nurul... Okehh tak??  Syarat2 dye simple je kowt. Jom join same2 nak??

    Tag


    Tamat
    21 September 2012


    **♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

    Monday, 3 September 2012

    Gempar| Derita 30 tahun setelah jamah Ikan Belida


    Assalamualaikum !


    Entry kali ni tentang berita yang Cik CM tengok kat berita tv9 semalam. Pasai seorang wanita yang menderita kegatalan selama 30 tahun selepas menjamah ikan berlida. Korang taw tak ikan tu camne?? yang taw tu takpe la. yang tak taw bole tgk gambar kat bawah ni..


    klik gambar nak taw lebih lanjut... :')


    Mangsa Selmah Basar berusia 56 tahun yang berasal dari Temerloh, Pahang merupakan seorang wanita biasa dan mempunyai 2 orang anak. Namun, menurutnya selepas makan ikan tu badannya jadi susut dan bersisik.. Misteri kan?



    Paling menyedihkan, beliau diceraikan pada tahun 2009 dan dijaga oleh ibu beliau yang berusia 78 tahun.Beliau juga telah melakukan pelbagai cara dan rawatan sama ada secara moden atau tradisional untuk menghilangkan kegatalan. Di bawah ni Cik CM sediakan beberapa gambar mak cikSelmah..






    Kepada yang ingin menghulurkan bantuan bole la salurkan di sini iaitu melalui adik beliau Abdul Wahid Basar..

     

    Pada pendapat Cik CM, mangsa mungkin alergik terhadap makanan sungai yang menyebabkan beliau mengalami kegatalan yang teruk. Tapi Cik CM bukan la doktor nak analisis penyakit seseorang. Cik CM harap semoga makcik Selmah cepat sembuh dan keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini..

    sumber: berita tv9
    **♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**