Kawan2 Cik CM

Thursday, 6 September 2012

Duit Hilang Lagi??




Assalamualaikum !




Pagi tadi sementara nak tunggu bas nak pergi kerja, ibu Cik CM kol.

"Duit ibu ilang lagi. Bukan sikit RM150. Masok kali ni da RM350 hilang ! Kalau wat beli barang dapur pown bole. Da la tu je duit ibu yang tinggai."


Cik CM hanya mampu istighfar je. Sape yang ambik duit2 tu?? Kesian kat ibu. Menangis2 ibu cerita tadi. Cik CM tak taw nak tolong camne. Tengah sengkek jugak ni. Elaun praktikal pown ntah bila la nak dapat.. Huhu


Yang herannya dye amik duit RM 50 je. Kalau syiling takpe la. Dalam rumah tu ada 4 orang adik2 Cik CM. Bila tanya semua tak ngaku. Tapi Cik CM tak caye dorang yang amik. Kalau dorang amik sekalipun dorang takkan amik sekali banyak camtu.


Cik CM rasa kalau duit hilang ni ada beberapa kemungkinan:-

1. Toyol


Benda pertama yang kita akan fikir kalau kalau duit hilang ni mesti toyol kan. Ye la, kalau kita da tuka tempat simpan duit tapi still ilang sape lagi yang amik kan?? 


2. Tanda-tanda terkena sihir

 

Cik CM pernah baca salah satu tanda terkena sihir atau gangguan jin, duit selalu hilang kat rumah tanpa sebab. Nak baca lagi klik kat SINI sebab ada tanda2 yang lain yang Cik CM tak dapat nak senaraikan.


3. Duit tak berkat



Kadang2 manusia ni cepat alpa dengan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. Bila diberi sedikit kesenangan, kita lupa nak bersedekah. Mungkin duit yang hilang tu nak bg kesedaran kat kita supaya sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan. Satu lagi masalah rakyat Malaysia ni RASUAH ! Banyak akibat kalau terlibat ngan rasuah ni. Jauhilah Rasuah !


Ada beberapa kaedah untuk korang kembalikan barang2 atau duit yang hilang. Salah satunya baca ayat dibawah ni ketika dalam sujud yang terakhir.




Cara kedua ialah dengan membaca surah Dhuha dan diamalkan membacanya menjadi wirid tujuh kali pada setiap pagi ketika matahari terbit dan tujuh kali setiap matahari terbenam, insyaAllah akan terselamat dari kehilangan atau kecurian.
 

Bagi Cik CM duit hilang ni berpunca dari diri kita sendiri. Mungkin kita tersalah letak dan lupa letak katne. Mungkin juga dari sikap kita selama ni yang tidak mensyukuri segala nikmat Allah. Jadi muhasabah diri la. Kepada Enchek tangan panjang tu bawak2 la bertaubat ye. Da la makan duit haram. Kalau orang tak halalkan jadi darah daging taw. Tak berkat hidup..:')


p/s: Nak kene wat part time jugak ni.. =.='
**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

4 comments:

Isabel Diaz said...

iskh2, entah sape lh yg amik duit tu. Law jumpe jum kite hempuk same2

Cik CM said...

@Isabel Diaz
bole jugak.. sy pown tkowt nak hempuk sorang2.. ;p

Everything's Everythings said...

mashaAllah menakutkan juga ni kalau betul toyol yg ambil..

freakingME said...

Saya pun ad kena juga.skg nk masuk lebih 400 da . 😥