Kawan2 Cik CM

Friday, 14 September 2012

Astaghfirullah ! Pelajar tingkatan dua didakwa sumbang mahram dengan kakaknya



ASSALAMUALAIKUM !






Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jerantut atas tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November tahun lepas.

  
Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.



Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di Jerantut pada 12 tengah malam , November 2011.


  
Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.


  
Remaja itu dikenakan ikatjamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan.


  
Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu.


  
Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Insp Arifin Saidun manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Kamaruddin.


  
Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lepas dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu.

Cik CM terpikir camne budak tu bole lahir? Selama 9 bulan takkan la parents dorang tak perasan kot? Busy sangat ke???  


sumber: Bernama

p/s: budak2 zaman skang memang patot kene pantau dengan lebih ketat..  Kalau tak rosakla...
**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

3 comments:

Cik Puan Izan❤ said...

ini berita hangat hari ni kan...hurmmm mcm2 hal budak2 skrg...

Cik CM said...

@Cik Puan Izan❤

a'a.. sy tengok berita ni kt tv9 semalam.. budak2 zaman skang tak sme dengan budak2 zaman dulu

[sutera kasih] said...

eee mcm2la dunia skrg ni...geleng kepala huhu