Kawan2 Cik CM

Monday 13 August 2012

Tahniah TEAM MALAYSIA!!



Salam Ramadhan semua! Hari ni da msok hari yang ke-24 kita berpose kan? Alhamdulillah...

U'olls semua taw kan semalam berakhirnya sukan Olimpik London?? Memang meriah macam pembukaannya hari tu. Semalam punya event baru hari ni buat entry baru. Orang cakap da basi. Tapi tak kisah la kan orang nak cakap apa. ADA AKU KESAH?? Haha..



Dalam Olimpik kali ni Malaysia berjaya membawa pulang 2 pingat iaitu pingat perak oleh Datuk Lee Chong Wei menerusi pemain perseorangan badminton dan Pandelela Rinong menerusi acara terjun. Pemain remaja ni memang mengejutkan rakyat Malaysia apabila berjaya menghasilkan pingat selain dari acara badminton. Wahh, hebat !


DLCW dan Pandelela

Walau apa pun kejayaan Malaysia kali ni mengulangi kejayaan Malaysia di Olimpik Atlanta pada tahun 1996 dengan membawa pulang dua pingat iaitu perak dan gangsa juga melalui acara badminton menerusi pasangan beregu, Yap Kim Hock-Cheah Soon Kit dan pemain perseorangan, Rashid Sidek. Malaysia juga pernah membawa pulang satu pingat perak menerusi pemain perseorangan badminton Datuk Lee Chong Wei di Olimpik Beijing 2004. Walaupun DLCW tidak berjaya menebus kekalahan di Beijing 4 taon lalu tapi memang salute la sebab berjaya bagi pingat kat Malaysia. Takpe Datuk kami tak marah.. ^_^ 
 
 

Olimpik London kali ni Malaysia berjaya menduduki tangga ke-63 berkongsi tempat dengan Indonesia berbanding di Olimpik Beijing 4 taon lalu di tangga ke-71 ! Tahniah Team Malaysia! We all proud with u! Mungkin takde rezeki merasa pingat Emas kali ni. Akan datang buat yang lebih baik okehhh...

 Ranking Malaysia

Kat bawah ni video Team Malaysia.. Da jadi lagu faveret adik sedara cik CM...

 
p/s: Agak2 ada lagi tak kontroversi melibatan majlis penutupan olimpik London ni?? 

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

No comments: