Kawan2 Cik CM

Wednesday, 15 August 2012

Nasib Sempat...


Salam Ramadhan semua !


Bila da nak akhir2 pose ni nak bangun sahur pun rasa malas kan? Cik CM paham sebab saya pun alami benda  yang sama jugak. Kalau kat rumah lagi la adik2 Cik CM semuanye pakat liat nak bangun especially adik Cik CM yang bongsu tu. Sket2 nak nanges. Suh bangun makan je pun. Tu pun nak nanges?? Aish, sabar je laa….


Rindunya nak pose kat rumah tu yg dok teringat tu. Huhu.. 
Adat orang merantau la katakan.


Okehh2 kembali pada tajuk asal. Sebenarnya Cik CM terbangun lambat sahur tadi. Padahal da sedar da koi 5.15 jam enset bunyi. Tapi paham2 la kalau da  dok sorang2 tu kan.  Dok merendang dulu sampai tertido.  Sedar2 da koi 5.45!


Hah??! Alamak da lambat?? Camne bole tak sedar ni??



Da abis waktu imsak kot. Tapi Cik CM ada dengar ceramah sorang ustaz ni kat radio. Dia cakap waktu imsak pun kita still bole makan cuma jangan dalam kuantiti yang banyak. Melambat2kan sahur la katakan. Laz2 bangun tros makan nasik sejemput. Nasib la nasik ngan lauk da siap masak.


Lagipun, bangun sahur kan ibadah. Dapat pahala lagi tambah2 pulak 10 terakhir Ramadhan ni. Walaupun ianya sunat di bulan Ramadhan, tapi ianya membawa keberkatan tau.


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).


So, korang jangan malas2 okehh. Tinggal bape ari je lagi da nak abis pose. Peh tu kita akan menyambut lebaran pulak.



p/s: Mood mengantuk lagi sebab bangun mengejut.. Huhu

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

No comments: