Kawan2 Cik CM

Tuesday 23 October 2012

Bila jadi depan mata



ASSALAMUALAIKUM !





Korang pernah tengok atau mengalami situasi di atas tak? Apa yg akan korang lakukan jika korang berada dalam situasi di atas?

Ragut....

Salah satu jenayah yg mengancam nyawa terutama kaum wanita macam Cik CM. Korang agak2 apa punca kes ragut ni makin menjadi2 eyh? Hmm... Korang setuju tak kalo Cik CM cakap Malaysia ni memang da tak selamat da.

Cik CM sendiri pernah tengok dan mengalami sendiri kes ragut ni. Alhamdulillah waktu kena tu Cik CM selamat tak jadi pape. Kena ragut waktu bawak moto nak pergi kerja. Nasib baik la peragut tu tak sepak terajang moto Cik CM tu. Kalau tak.... Harta benda hilang takpe bole cari. Kalau nyawa?? Innalillah.....


Cik CM nak cerita kes ragut paling menakutkan berlaku depan mata dalam sejarah hidop Cik CM. Kisahnya macam ni.. (macam bed time story pulak.. Hehe)


Hari Sabtu yg dah lepas, Cik CM pergi Seksyen 18 ngan mak sedara n adik sedara. Bajet nak pergi Maybank je las2 teros jalan2 kat OLE-OLE (salah satu mall di Seksyen 18). Kebetulan kat situ ada orang Siam dok juai2 baju kat kawasan luar mall OLE-OLE ni. Cik CM pulak jenis pantang tengok mende2 camni. Mula la singgah2 tengok2 dulu. Beli tak beli tu belakang cerita.. Hahaha


Entah camne, tengah sibuk2 dok belek2 cardigan tetiba dengar sore orang menjerit. Perkara pertama Cik CM pikir

"Ada orang bergaduh ke?"

Sekali Cik CM ternampak sorang pompuan India terbaring kat atas jalan bersama dua orang lelaki Melayu bersenjatakan parang ! Cik CM pon pe lagi tros menyorok kat belakang baju2 yg ada kat situ. Mak sedara pon cepat2 bawak lari anak dia. Sebab waktu tu ingat ada orang nak mengamuk. Sekurang2nya dan la kalau nak lari pon time tu kan. Mulut ni tak henti2 sebut "Allahuakbar". Ye la fez time kan berada dalam keadaan camtu. Siap ada orang bawak parang bagai. Tapi, bila tengok betoi2 rupa2nya.........


"Alamak, ada kes ragut la ! "


Cik CM tengok dengan tekun je. Sebabnya nak tengok sama ada pompuan India tu dicederakan ataupun tak. Tapi mebi disebabkan dye tak melawan dye tak dicederakan. Da la berlaku siang2 hari n ditempat awam pulak. Berani betoi dorang ni. Tapi, pompuan India tak mengalami pape kecedaraan. Cuma peragut tu sempat ambik rantai emas dye. Korang mesti tertanya2 kan....

"Kenapa takde yg tolong?"


Dalam keadaan macam ni masing2 panik tengok kejadian tu. Kalau peragut tu meragut tanpa menggunakan apa2 senjata mebi bole buat sesuatu. Tapi, jika melibatkan senjata ia mungkin agak menyukarkan. Dalam kes tadi, suami atau anak mangsa (tak pasti) cuba untuk membantu tapi dihalang disebabkan peragut menggunakan parang. Cara paling baik bagi saja pe yg dorang tu nak. Harta benda, wang ringgit semua bole cari.


Cik CM sendiri lepas da jadi camtu baru teringat nak rakam video n ambik no plat. Tapi, nak wat camne. Terlalu panik n nak tengok keadaan mangsa. Las2 trauma punya pasal dok dalam mall OLE-OLE 3 jam setengah. Setakat shopping 2 helai t-shirt je ! Hahaha




p/s: Berhati2 dalam setiap langkah anda. Jangan cuba pancing peragut dengan harta2 korang. tak pasai2 nyawa melayang.






**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

17 comments:

Unknown said...

didiey lebih selesa keluar tanpa bawa handbag..kalau bawa pown,duit,IC n handphone sume letak dlm poket..sekurang-kurangnya,benda2 penting masih selamat..hukhuk

takut kan???harap dijauhkan

shafiqabdshukor said...

betul2.. bahaya..
tapi kalau rasa x berani x payah lah tolong..
just amik no plat.. dan kalau nampak muka cuba ingat..
bg kerjasama kat polis...

Unknown said...

@~didiey~
Yeke? Cik CM tak selesa kalau tak bawak handbag. kalau setakat nak jalan dekat okehh lagi. Cik CM pon harap tak terkena lg

Unknown said...

@shafiqabdshukor
erm,toi.. tp ari tu sbb panik kot. dorang da bla baru teringat. nak cam muka pon tak bole sbb dorang pakai helmet..

BC said...

penah jgak kne rgut tp bkan handbag la..just dompet pon dorg sgup kebas wlaupon duit dlm tu x sbrape..ape la..korg yg bw dompet kt tgn tu hti2 jgak yer..huhu

AtieYusof said...

Klu time perayaan lg byk kes ragut.. berhati2 sllu..
salam kenal..singgah sini & follow..
klu sudi follow akak balik..
kak pun X UUM student :)

Nursha said...

uish..
bahaya2..
sekarang nie bukan sekdar diragut bag jer..ragut nyawa pun ditibai sekali..
urmm..
berhati2 kaum wanita..
btw,
cantik blog akak ^___^

http://nurainishahroni.blogspot.com/

OKje said...

Hei...memang takut dan panik....dijauhkan hendaknya.....

MeiNa said...

macam2 sekarang ni .

Aujinz said...

la nie macam macam dah kat Malaysia nie... yang bebudak sekolah rompak CC pakai parang pon ada...


payoh payoh..

Unknown said...

berani betul orang sekarang ni . grrr

Anis Farhana said...

Tetiba takut pulak . huhu . bahaya betul :)

Unknown said...

kn sntiasa lbh berht2 dn brwaspada slps ini.

Nursha said...

astagfirullah..
seram sejuk badan nie..
macm tu sekali!
desperate apa!
haishhh

from ::Arkitek Hati::

Eima Sabran said...

Salam kenal..jejalan blogwalking..singgah la ke blog kami juga ya. :)

http://akeimahoney.blogspot.com/

http://www.facebook.com/pages/Akeima-Beautyshoppe/407850379307747

IdaShazana said...

kita dah berjaga2 tapi kadang2 Allah sengaja nak uj

soziyana said...

kalu nak out tu..
baca doa banyak2..