Kawan2 Cik CM

Tuesday, 26 March 2013

Drama Swasta yang tak ditayangkan di TV


Assalamualaikum semua !

Hari ni teman nak cerita satu cerita yg jadi kat teman semalam.. Hehe ( ada gaya Kak Rock Galaksi TV9 tak?? ). Krikk..krikk 


Sekadar hiasan

Okehh2.. Semalam sedang Cik CM tunggu bas Mini selama hampir setengah jam di kawan Anggerik Mall bertempat di Seksyen 14 Shah Alam, ada dua buah kereta iaitu kereta Waja dan kereta Citra berhenti di tengah2 jalan raya. Kawasan jalan raya tu memang kawasan yang agak sunyi  jugak la tapi, jalan ni kiranya salah satu jalan utk masok ke highway. Penduduk2 Shah Alam mebi akan taw jalan ni..

Mula2, Cik CM ingat ada eksiden kat situ sebab ada sorang laki keluar dari kereta Waja tu dan nampak macam marah2 kat driver kereta Citra tu. Tapi, tak lama lepas tu kedua2 kereta tu bergerak ke tepi jalan betul2 dekat jalan masok ke highway tu. Okeh, takpe la Cik CM tengok cmtu je la kan...

Kemudian, that guy yang naik kereta Waja tu keluar balik and try nak bukak pintu di sebelah tempat penumpang kat bahagian depan kereta Citra tu tapi tak berjaya. Tetiba laki tu pandang Cik CM yg tengah usha pe yg dorang nak wat. Hah, time ni perasaan cuak mula menyelubungi diri. Mana tak nya, Cik CM  da la berdiri sorang2 kat situ. Buatnya laki tu dtg and serang Cik CM tak ke naya.. (tau takot). Huhuhu.. Tapi, lepastu laki tu berjaya la bukak pintu tu. Agak lama jugak la dorang sembang kat situ.


Tiba2.......


Pemilik kereta Citra tu pon keluar dr kereta. Ohh, pompuan rupanya.. That lady yang cantik ni berjalan menuju ke arah kereta Waja dengan lajunya. Lagak gaya macam nak tinggaikan keretanya and balik rumah jalan kaki.. Agaknyalah!

Okehh, drama bermula kat sini bila that guy tu try tarik tangan pompuan tu.. hahaha.. Da macam cerita hindustan pulak kan. Dalam hati Cik CM


"Ohh, laki bini gadoh ghopenye..."


Dan berlakulah adegan tarik-menarik, kejar-mengejar, pukul-memukul, jerit-menjerit kat situ. Part paling tak best bila si Isteri ni tadi hampir2 nak kene langgar ngan kereta yang lalu lang kat situ. Pesta Hon bermulalah kat situ.. Bole pulak kan?

" Agak2 la nak pujuk bini pon cik abang oi.. jangan sampai membahayakan nyawa bini abang sendiri"

Kes pon setel camtu je sebab telah menyebabkan jammed yang terok kat situ. Sekian drama swasta dr Cik CM. Sory entry panjang sikit.. and sory takde gambar yg di ambil sbb pakai fon cikai je.. Hehehe.. Kalau tak saya biar gambar yg bercerita je. So, sayangilah bini2 anda. Kalau nak gado, gado kat rumah ye. Setakat nak tunjuk kat orang tak payah la. Buat orang MENYAMPAH je !




**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

2 comments:

cocochaneta said...

omg scarynye laki bini gaduh cmtu tmpt awam plak tu. huhu..mcm2 la manusia ni.

btw, selamat berkenalan, jemput ke blog sy, sy mmg bua blog sbb nak cari kenalan =)

http://etawonderland.blogspot.com/

عبده العمراوى said...




شركة تنظيف خزانات بالقطيف
شركة جلى رخام وبلاط بالظهران