Assalamualaikum !
Entry kali ni tentang berita yang Cik CM tengok kat berita tv9 semalam. Pasai seorang wanita yang menderita kegatalan selama 30 tahun selepas menjamah ikan berlida. Korang taw tak ikan tu camne?? yang taw tu takpe la. yang tak taw bole tgk gambar kat bawah ni..
klik gambar nak taw lebih lanjut... :')
Mangsa Selmah Basar berusia 56 tahun yang berasal dari Temerloh, Pahang merupakan seorang wanita biasa dan mempunyai 2 orang anak. Namun, menurutnya selepas makan ikan tu badannya jadi susut dan bersisik.. Misteri kan?
Paling menyedihkan, beliau diceraikan pada tahun 2009 dan dijaga oleh ibu beliau yang berusia 78 tahun.Beliau juga telah melakukan pelbagai cara dan rawatan sama ada secara moden atau tradisional untuk menghilangkan kegatalan. Di bawah ni Cik CM sediakan beberapa gambar mak cikSelmah..
Kepada yang ingin menghulurkan bantuan bole la salurkan di sini iaitu melalui adik beliau Abdul Wahid Basar..
Pada pendapat Cik CM, mangsa mungkin alergik terhadap makanan sungai yang menyebabkan beliau mengalami kegatalan yang teruk. Tapi Cik CM bukan la doktor nak analisis penyakit seseorang. Cik CM harap semoga makcik Selmah cepat sembuh dan keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini..





