Kawan2 Cik CM

Tuesday 23 October 2012

Bila jadi depan mata



ASSALAMUALAIKUM !





Korang pernah tengok atau mengalami situasi di atas tak? Apa yg akan korang lakukan jika korang berada dalam situasi di atas?

Ragut....

Salah satu jenayah yg mengancam nyawa terutama kaum wanita macam Cik CM. Korang agak2 apa punca kes ragut ni makin menjadi2 eyh? Hmm... Korang setuju tak kalo Cik CM cakap Malaysia ni memang da tak selamat da.

Cik CM sendiri pernah tengok dan mengalami sendiri kes ragut ni. Alhamdulillah waktu kena tu Cik CM selamat tak jadi pape. Kena ragut waktu bawak moto nak pergi kerja. Nasib baik la peragut tu tak sepak terajang moto Cik CM tu. Kalau tak.... Harta benda hilang takpe bole cari. Kalau nyawa?? Innalillah.....


Cik CM nak cerita kes ragut paling menakutkan berlaku depan mata dalam sejarah hidop Cik CM. Kisahnya macam ni.. (macam bed time story pulak.. Hehe)


Hari Sabtu yg dah lepas, Cik CM pergi Seksyen 18 ngan mak sedara n adik sedara. Bajet nak pergi Maybank je las2 teros jalan2 kat OLE-OLE (salah satu mall di Seksyen 18). Kebetulan kat situ ada orang Siam dok juai2 baju kat kawasan luar mall OLE-OLE ni. Cik CM pulak jenis pantang tengok mende2 camni. Mula la singgah2 tengok2 dulu. Beli tak beli tu belakang cerita.. Hahaha


Entah camne, tengah sibuk2 dok belek2 cardigan tetiba dengar sore orang menjerit. Perkara pertama Cik CM pikir

"Ada orang bergaduh ke?"

Sekali Cik CM ternampak sorang pompuan India terbaring kat atas jalan bersama dua orang lelaki Melayu bersenjatakan parang ! Cik CM pon pe lagi tros menyorok kat belakang baju2 yg ada kat situ. Mak sedara pon cepat2 bawak lari anak dia. Sebab waktu tu ingat ada orang nak mengamuk. Sekurang2nya dan la kalau nak lari pon time tu kan. Mulut ni tak henti2 sebut "Allahuakbar". Ye la fez time kan berada dalam keadaan camtu. Siap ada orang bawak parang bagai. Tapi, bila tengok betoi2 rupa2nya.........


"Alamak, ada kes ragut la ! "


Cik CM tengok dengan tekun je. Sebabnya nak tengok sama ada pompuan India tu dicederakan ataupun tak. Tapi mebi disebabkan dye tak melawan dye tak dicederakan. Da la berlaku siang2 hari n ditempat awam pulak. Berani betoi dorang ni. Tapi, pompuan India tak mengalami pape kecedaraan. Cuma peragut tu sempat ambik rantai emas dye. Korang mesti tertanya2 kan....

"Kenapa takde yg tolong?"


Dalam keadaan macam ni masing2 panik tengok kejadian tu. Kalau peragut tu meragut tanpa menggunakan apa2 senjata mebi bole buat sesuatu. Tapi, jika melibatkan senjata ia mungkin agak menyukarkan. Dalam kes tadi, suami atau anak mangsa (tak pasti) cuba untuk membantu tapi dihalang disebabkan peragut menggunakan parang. Cara paling baik bagi saja pe yg dorang tu nak. Harta benda, wang ringgit semua bole cari.


Cik CM sendiri lepas da jadi camtu baru teringat nak rakam video n ambik no plat. Tapi, nak wat camne. Terlalu panik n nak tengok keadaan mangsa. Las2 trauma punya pasal dok dalam mall OLE-OLE 3 jam setengah. Setakat shopping 2 helai t-shirt je ! Hahaha




p/s: Berhati2 dalam setiap langkah anda. Jangan cuba pancing peragut dengan harta2 korang. tak pasai2 nyawa melayang.






**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Friday 19 October 2012

Ramalan Piala Malaysia



ASSALAMUALAIKUM !



pertarungan bermula malam esok

Cik CM tau skang ni tengah demam bola kan?
Ingat piala dunia je ke? Piala Malaysia pon bole buat demam taw.. Huhu..
Tinggal sehari je lg nak tentukan team mana yg menang sok. 


Korang jangan terkejut. Cik CM memang peminat setia bola. Jangan ingat pompuan tak suka bola taw. Kat opis ni siap ada geng bola lagi.. Jangan jeles.. Haha.. Venue kali ni tukar kat Stadium Shah Alam sebab kat Bukit Jalil kan tengah renovate.


Moh semua pakat ke Shah Alam!



Kat sini Cik CM nak tunjuk ramalan yg dilakukan Simsimi pasai Piala Malaysia. Alaa, Simsimi yg kita bole sembang2 ngan dye 2.. Yang ni bukan Cik CM yg tanya. Tapi kawan Cik CM yg tolong tanyakan.



korang setuju ke?


Wah ! konfiden betoi dye. Siap mention team paling power kat Malaysia lg tu.. (Org Klate jgn hepi sgt okehh).



Setiap pasukan ada aim dorang sendiri untuk menang. ATM mestila nak menang sebab dorang berjaya masok final selepas last masok 1966. Fuhh ! Lama giler. Kelantan pulak sebagai pasukan pilihan mesti nak buat aksi yg terbaik kan. Yang menariknya taon lepas Negeri Sembilan menang ke atas Terengganu dan taon ni beberapa bekas pemain Negeri Sembilan telah membawa ATM ke final. Wah ! tak sabarnyee...



Semalam tengok berita Orang2 Kelantan tak dapat beli tiket sebab tiket abis. Bukak dalam masa 20 minit takkan da abis kot. Kompem kerja ulat tiket la ni.. Aish !



p/s:Korang jangan lupa sok okehh.. Cik CM ada team Cik CM sendiri.. Hehe



**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Wednesday 17 October 2012

Semoga IBU sentiasa dipanjangkan umur..

ASSALAMUALAIKUM !



Pada usia 6 tahun : " Mak, saya sayang mak ! "
Pada usia 10 tahun : " Mak apa-apa la. "
Pada usia 16 tahun : " Mak saya merimaskan. "
Pada usia 18 tahun : " Saya nak tinggalkan rumah ini ! "
Pada usia 25 tahun : " Mak, memang betul apa mak cakap selama ni. "
Pada usia 30 tahun : " Saya nak pergi rumah mak. "
Pada usia 50 tahun : " Saya taknak kehilangan mak. "
Pada usia 70 tahun : " Saya akan lakukan apa sahaja untuk mak berada disisi saya. " 




Ibu Cik CM.. Cantekk tak??



Korang pernah tak berada dalam situasi di atas ? Skang Umor Cik CM suda 23 taon (tua da pon). Jujor la Cik CM nak cakap. Cik CM pernah hadapi situasi waktu umor 16 taon hingga 25 taon tu. Memang pernah jadi especially bila da masok umor 21 taon. (Da masok alam dewasa la konon). Kadang2 sampai gadoh2. Tapi Cik CM akan sedih tambah2 pulak ibu Cik CM tak nak cakap ngan Cik CM. Sampaikan nak salam ciom tangan pon tak bagi. Tu memang sentapp abis la. Selalunya kalau Cik CM pergi mana2 Cik CM akan salam ibu Cik CM dulu. Ayat yg selalu Cik CM sebut time salam tu...


" Mintak ampun bu.. "



Bukan salam2 tros blah ye. Cik CM riso jugak mana la tau time keluar tu ajal da sampai ke tak dan nak mintak maap kan. Da la banyak buat salah. Mintak simpang la...


Sebenarnya Cik CM buat entry khas buat ibu Cik CM yg menyambut befday ari ni yg ke 47 taon. Erm,muda lagi tau.. Huhuhu


Selamat hari jadi ibu ! 

Nah bu kek tipu2.. ada rezki nanti bg kek btoi2 pulak.. hehehe


Semoga Ibu di panjangkan umor, di murahkan rezeki, dilindungi dari segala malapetaka n kejahatan manusia dan diberikan kekuatan untuk menjaga kami semua.Terima kasih sebab jaga kitorang sorang2 diri selama ni. InsyaAllah da berjaya nanti kitorang akan balas jasa ibu.


Cik CM teringat waktu kol ibu pagi tadi

Ibu : Helo, Asssalamualaikum.
Cik CM : Waalaikumussalam. Ibu ada duit tak? nak seribu bole? (saja taknak cakap hal sebenar)
Ibu : Bnyak duit kamu
Cik CM : Hehehe.. ibu tengah watpe?
Ibu: Tengah siap2 nak pergi keje la

Time da nak abis kol tu.. (tak leh citer lebih2)

Cik CM : Ibu, selamat hari jadi.. semoga panjang umor...... (takdan nak abis cakap ibu dah mencelah)
Ibu : Terima kasih.. hadiah takde ke?
Cik CM : Ada2. Nah ! Mmuuaahh !! Hehe
Ibu : Taik kucing la kamu. Da la nanti lambat nak pergi keje. Assalamualaikum.


Hahaha.. Bagi hadiah kiss tu yg dapat. Nanti2 la bu. Tunggu taon depan ye. Dapat hadiah besar punya. InsyaAllah.


Psstt.. Cik CM nak pesan ni. Hargai la orang tua korang sementara dorang masih ada ni. Jangan sakitkan hati dorang okehh. Kalau ada buat salah tu cepat2 mintak maap. 



p/s : Taon ni rasanya da masok taon ketiga tak celebrate befday ibu.. Merantau la katakan.. Huhu



**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Tuesday 16 October 2012

Seorang Blogger Biasa




ASSALAMUALAIKUM !


Dah 6 hari rasanya tak hupdate blog. Maap la sebab keadaan yg bizi dengan keje yg berlambak2(bese la kene buli last minit) n serta kekurangan keideaan.


Cik CM ni hanya BLOGGER biasa. 

"takde orang nak tunggu2 entry baru (ayat tacing)"



Cik CM tak ada baby macam abang Ben 10 yg bole story mory pasai Qhaliff Iman yg sangat comel tu. Setiap hari blogger biasa selalu buat 1 entry tapi beliau bole buat 10 entry kot 1 hari ! Banyaknya idea beliau. Semua post abang Ben (tak termasok iklan) syiok je baca.. Huhu. Da nama blog pon Santai Bersama Ben Ashaari.
Cik CM tak pandai main coding macam Lyssa Faizureen sampai bole buat macam2 tutorial untuk blog. Dan ramai jugak yg copy paste tutorial dr blog budak kecik sorang ni buat tutorial sendiri.. Ada ke?? Cik CM selalu guna tutorial Lyssa nak bg cantikkan blog je.. (perasan cantik la). Sory ye Lyssa kalau amek senyap2 je.. Huhu.. Umor baru 20 tapi otak macam Einstein.. Hebat2 ! Walaupun blog nama Lyssasecret tapi budak kecik ni tak berahsia kot nak buat tutorial.




My Photo
tak tau nak cakap pe.. cakap buruk kang dosa pulak..

Cik CM tak kreatif macam Faiz tapit bole lukis2 sendiri n buat cerita lawak sendiri. Studen UKM ni rasanya Kos dye study skang ni takde kene mengena dengan lukisan. Tapi kekreatifan beliau ni bole masok majalah UJANG kot ! Lagi satu beliau ni peminat setia Lisa Surihani ni (dululah sebelum kahwin).. Huhu

Cik CM tak pandai reka pesen2 tudung macam Maria Elena. Pandai ikot gaya yg da siap bole la.. Huhu.. Btw, Cik CM suka tengok Maria Elena gayakan tudung. Taw tak sebabnya?? Sebab lebih menutup aurat..  Tahniah ye ! Lagi satu Cik CM suka sgt tgk dye berpesen..





tak tau nak pilih gambar mana 1.. last2 header je..
Cik CM tak mampu nak jalan2 pusing 1 Malaysia macam Hanis Jalikha. Untungnya blogger cantik ni dapat jd pengacara Mad Markets. Syiok je tengok dye jalan2 sambil pergi tempat2 yg best2. Dapat makan sedap2. Erm, Tak tau lg bila bole merasa.. sob2..




wah ! untuk Cik CM ke??? (pasan lol !)

Cik CM tak pandai beri pandangan best2 macam Mat Luthfi. Mat Luthfi??? Jap2 !! Blogger jugak ke? Eyh, dye kan vblogger. Blogger jugak pe tp melalui video. Bole masok senarai kot. Idea beliau yg kreatif bg pandangan pasai masyarakat Malaysia mudah diterima semua orang. Walaupun kadang2 cakap pelat oghang utara still bole paham, kan?




Cik CM rasa blogger2 yg Cik CM sebutkan kat atas ni korang semua mesti kenai kan. Dorang ni semua blogger2 otai. Cik CM bukan nak merendahkan diri. Tapi blogger2 ni sumber inspirasi buat Cik CM dalam berblogging. Setiap orang di anugerahkan dengan kelebihan masing2. Hanya kita sahaja yg menentukan cara nak gunakannya. 


p/s: hope dapat jumpa dengan salah sorang blogger di atas.. :')

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Tuesday 9 October 2012

Demam dan musim Haji

ASSALAMUALAIKUM !






Bila da lama tak hupdate blog yg tak pemes ni macam-macam komen orang bagi pasai blog ni. Thanx la atas pandangan korang2 semua. Really appreciate that. Yang follow pown ramai giler ! (ayat propa lebey).. Hahaha.. Thanx jugak pd yg follow. Suda follow balik da...


Tak taw la mengarut apa petang2 hari ni.. Huhuhu


Erm, bese la baru baik dr demam memang macam ni. Tambah2 terlebey2 tido semalam. Otak kosong je. Cakap pun da melalut.. Tapi Alhamdulillah demam da kebah. Taw ke kebah tu pe?? Maksudnya da kurang sket la. Sempat la cuti sehari. Tapi tak pergi amik MC pon. Sebabnya.......


Paham2lah klinik kerajaan ni. Syarat utama nak dapat MC kalau demam

Suhu kene tinggi dalam 39 darjah celcius (pernah kene taon lepas)



Kalau tak tinggi kirim salam la nak dapat MC. Better pergi klinik swasta je. Yang lecehnya nak kene sediakan dalam 50 ringgit.. Fuhhh ! Punya la mahai. Kaya la doktor2 ni.. Huhu



Tapi, malam tadi ke dinihari eyh dalam pukul 4.50 a.m camtu la Cik CM bangon mengejut sebab adik sedara Cik CM Puteri Adawiyah tu tetiba je dye menggigil satu badan. Mak Sedara panggil Decu la da penin tak taw nak watpe. Cik CM try la cek la badan dye. Memang toi sangkaan Cik CM.

" Panasnya badan budak ni ! "



Fikir jugak nak bawak pergi klinik. Tapi, bila teringat kitorang 2 je pompuan n keadaan kawasan perumahan penuh dengan makhluk2 asing.. Hmm, terbantut hasrat. Kitorang just gosok2 tangan n kaki dye. Cik CM tengok dye menggigil riso pulak dye kancing gigi. Pesan la jugak td jgn gesel gigi dye tu. Nanti kene letak sudu. Kan bahaya takot tergigit lidah !



Tak lama dalam setengah jam dye tido. Fuhh, lega dye tido. Dalam pada tu decu bagi taw Cik CM bila musim Haji musim Demam pon datang. Aik?? apa kaitan?? Macam tak logik pon ada. Sama la dengan lalat yg banyak dikaitkan dengan musim haji.




Tapi, bagi Cik CM tu mungkin kebetulan yg telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. Kalau berkaitan dengan penyakit ni kita tak dapat nak elak. Hanya Dia yg memberi dan bisa merawatnya. Ustaz Cik CM cakap kalau kita ditimpa bala atau penyakit maksudnya Allah sayangkan kita. Jadi bersyukur la. Lagi satu faktor mebi keadaan cuaca yg tak menentu. Biasa la kejep panas kejap hujan kan? Cik CM demam pon sebab kene hujan.



p/s: Sesiapa yg bertuah dapat mengerjakan haji semoga mendapat haji yg mabrur.. :')
**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Tuesday 2 October 2012

Bila duduk ramai2 di atas bas




ASSLAMUALAIKUM !


(Entry ni untuk orang yg biasa naik bas je.. LRT pun bole.. Hehehe)



kisah dalam bas rapid KL


Korang pernah naik bas tak??
Sape tak pernah naik bas??
Rugi la tak merasa naik bas. Korang tak merasa hidup yg sebenar2nya.. Huhuhu.. Kalau yg ada kenderaan sendiri tu, simpan kenderaan korang n naik bas.  Kalau kt Kl naik la LRT atau monorel. Tu pon bole jugak.

Nak taw kenapa??


1. Bole kurangkan jam.
 2. Bole jimatkan duit.
3. Cepat sampai ke tempat korang nak pergi.
 4. Kurangkan pencemaran. (penting)



JADI GUNALAH PENGANGKUTAN AWAM YE KAWAN2 !!


Eyh??  cerita pe ni??

Sory2 ! Terbuat iklan kerajaan Malaysia pulak.
 

Cik CM nak cerita pasai penumpang2 bas ni la. Korang2 yg pernah naik bas mesti pernah merasa situasi macam Cik CM ni. 


Waktu korang naik bas tetiba sekumpulan manusia tak kira laki atau pompuan naik bas. Korang bole expect tak pe yg akan jadi? Kompem dorang akan buat bising dalam bas.. Toi tak? Sembang2 n gelak kuat2. Annoy kot. Especially kalau pompuan la. Sory to say okehh...

"not manners !"


Korang tu kan pompuan n mebi masih anak dara, tak sopan kot orang tengok korang sembang n gelak kuat2 camtu. Tambah2 pulak yg dok 1 grup campur laki pompuan. Pernah jugak Cik CM tengok waktu naik bas. Cik CM pon rasa malu n rasa nak tampar je sorang2. Kalau orang lain Cik CM tak tau la pe yg dorang rasa kan. 

"Dik, nak sembang bole akak tak marah pon. Tu hak korang nak bersuara tp pada2 la." (ayat nak manis je)



Cik CM bengang sebab dorang dok betoi2 belakang Cik CM. Da la penat baru balik dr keje. Nak sound malas nanti jd gaduh pulak. Kompem ada suara2 sumbang yg cakap

"Eleyh, Cik CM takot la tu.."



Bukan takot okehh cuma kurang keberanian je.. Hahaha.. Da sambung cerita. Yg buat bising tu pulak semua geng budak skola.. Eeii, sabar je la.. Grrrr !!


Gambar sekadar hiasan

Ada yg buat annoy lg ni.


Tetiba ada la salah sorang geng dorang ni nak turun. Bole pulak salah tekan loceng. Da la drebar bas tu orang baru. Da orang tekan loceng dye brenti la. Da salah bukan nak cakap da salah. Bole pulak beliau n geng2 beliau ni gelak2 sebab salah tempat. Nasib baik ada sorang brader ni tlg jawab kan.


Taw pon malu !


Korang tau orang2 dalam bas tu semua usha daring je.. Hahaha.. Mebi dorang da meluat sangat la tu. Rasa malu pulak sebab Cik CM dok dekat ngan dorang.  Hampeh toi la dorang ni. 



Sekian story atas bas. Ada story yg sama bole share ngan Cik CM..:')

 

p/s: belum bukak cerita dok kat bas stand lg.. hurm !
**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Friday 28 September 2012

Perkahwinan Sharifah Khasif Fadzilah



ASSALAMUALAIKUM !


Baru2 ni kita digemparkan dengan spekulasi perkahwinan Sharifah Khasif Fadzilah. Naib Johan Akademi Al-Quran Musim ketiga yg lebih dikenali sebagai Kak Ila dalam family Cik CM or Khasif dikhabarkan telah bernikah secara sembunyi atau nikah di Siam dan isu isteri kedua.


Statemen dr PA Kak Ila

Erm,sebegitu teruk dugaan yg diterima. Sebagai ahli Al-Quran berita macam ni memang mengaibkan keluarga kedua2 belah pihak.


Sharifah Khasif telah melangsungkan perkahwinan bersama Datuk Sri Mohammad Hizal Othman di Royal Golf Club Ipoh Perak pada 7 September 2012. Pernikahan juga dilakukan pada hari yg sama tapi dirumahnya di Manjoi, Perak. Akad nikah telah dilaksanakan oleh adiknya sendiri iaitu Syed Nizam.


Pe yg menghairankan Cik CM kenapa perlu timbul soal dye nikah sembunyi. Sedangkan terlalu banyak press n wartawan kat situ. Dalam majlis resepsi tu pulak Aziz Desa jadi MC !


Baru2 ni Isteri pertama Datuk Sri Mohammad Hizal Othman membuat statemen melalui emel yg dihantar kat metro pasai spekulasi ini.


Statemen madu Kak Ila

Berdasarkan emel, jelaslah Sharifah Khasif ni bermadu tapi perkahwinan tu dipersutujui sendiri oleh madunya. Tiada istilah hantar madu ke luar negara waktu pernikahan tu. Kat bawah ni Cik CM sediakan beberapa gambar yg sempat diambil oleh mak sedara Cik CM waktu majlis tersebut. Sory agak lambat sebab tak dapat datang ke majlis tu. Huhuhu


Gambar Pernikahan





Belah kiri ujung mak Kak Ila



Bukti Press datang............
.
.
.
.
.

TV3 yg datang kot !




Gambar Perkahwinan


bersama ratu chess Malaysia Puteri Rabiatul Adawiyah

berjumpa nenda Cik CM


Keluarga Cik CM

Sudah nampak sekarang?? Sory sebab baru skang nak kluarkan gambar. Cik CM memang takde masa majlis tu berlangsung.


Sumber: Dari kamera mak sedara..



p/s: Semoga Kak Ila bahagia hingga ke ahir hayat.. :')

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Dah besar da Adik



ASSALAMUALAIKUM !


Entry pagi ni Cik CM buat khas untuk adik Cik CM yg bongsu ! 
Untung la befday hari Jumaat.. (Jangan lupa pergi solat jumaat !)



muka eksaited je !
 


SELAMAT HARI JADI ADIK !

HEPI BUFDAY TO YOU,
HEPI BUFDAY TO YOU,
HEPI BUFDAY TO ADIK,
HEPI BUFDAY TO YOU, 


Eyh?? raya ke befday ni??

Wah, bulan ni saja wat entry bufday sampai 2 kali. (Kalau korang perasan entry yg lepas la). Mana tak nya, adik beradik Cik CM ada 6 orang, 3 laki n 3 pompuan. Stiap org akan bufday berpasangan. Unik tak?? Hehehe


Tak sangka pejam celik da besar da adik Cik CM yg bongsu ni. Yg ni namanya Raja Muhd Alimin. Bole add fb dye kalau nak ! Kecik2 da ada pesbuk ! Jangan nak menggatai suda la..  Da 11 tahun da pon. Maksudnya Cik CM makin tua la... ! Aiyak ! Takpe, muka forever21.. Haha


Kitorang kat rumah memang sayang sangat kat dye. Maklumla 10 tahun idop tanpa kasih sayang sorang abah. Sekurang2nya merasa kasih sayang dr abang2 n kakak2 dye ni.. kan??


Ye, da 10 tahun abah Cik CM pergi meninggalkan kitorang. Abah Cik CM meninggal waktu adik Cik CM baru 7 bulan. Sedih kan?? Tapi tu la lumrah kehidupan. Sejak abah takde ibu la yg cari keje bg makan kt kitorang. Kurang pulak kasih sayang dr ibu.. sian kan?? Dari kecik sampe besar mak sedara Cik CM yg jaga dye..


Cik CM pernah tanya dye...

"abah mana??"

Dye cakap..

"abah dalam tanah"


Mungkin dye xtaw pe maksud dalam tanah tu. Entah2 main hentam kromo je sebut sebab dengar kitorang selalu sebut. Tapi skang dye da taw. Abah da meninggal. 


Dye memang adik yg baik. Tak kedekut, agak rajin tolong orang (walaupun kene suruh dulu), penyayang, comel... Eyh!


Dulu Cik CM study, jarang sangat balik rumah. Ye la balik pun time cuti semester je. Tapi, stiap kali balik dye selalu datang kat Cik CM n cakap satu benda je..

"Kak, nak laptop !" sambil tunjuk muka sposen.. (sabar je la) =.='


Satu lagi time nak makan. Dye selalu ajak Cik CM makan sama2 ngan dye. Sweet kan? Dye sorang je la adik Cik CM yg selalu wat camtu.


Kadang2 kalau dye nakal Cik CM selalu marah n pukul dye. Cik CM tak sengaja  nak wat camtu. Pehtu, time dye tdow Cik CM tengok dye rasa kesian pulak. Sedih tengok dye.. Hmm T_T


Asal rasa panas je muka ni???


Da wat entry ni rasa rindu lak kat dye. Tadi ingat nak wish befday kat dye sebelum dye g skola. Kol sorang2 kat rumah tu, sorang pun tak nak jawab ! Ye la, budak kecik macam dye takkan nk bagi pkai henset pulak kan???


Btw, hepy bufday adik ! Smoga panjang umor n berjaya dalam pelajaran. Jangan ingat nak main je ! Kurangkan g Cyber Cafe. Kalau xtaw nak buat pe duit banyak2 tu, bagi kat akak je.. Hahahaha

kuat bergaya toi.. bajet chomell le tu

Cik CM pernah dengar, dalam rumah anak yatim pasti akan diuji dengan anak yg nakal untuk menguji kita bagaimana menjaga mereka. Untung dapat jaga anak yatim dengan baik. Besar pahala nya taw. Semoga Allah kuatkan hati kami untuk menjaga mereka.. aminnn


p/s: Befday adik sama ngan Avril Lavigne la.. faveret artis tu.. Tak caya klik sini..
**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Thursday 27 September 2012

Bila ada Student tak puas hati dengan pensyarah..



ASSALAMUALAIKUM !


Fuhh ! Punye la lama tak hupdate blog. Da bersawang??? Ish2 !!


Eh ! Sory bukan nak cite pasai blog yg da bersawang. Cik CM nak bukak cite pasai sorang studen ni la.
Cik CM tak sangka sampai macam ni skali dye tak pueh hati dengan lecturer dye.
Korang nak taw dye watpe??
Meh sini nak bisik... Hahahaha (jangan marah)


Okehh2...


Studen ni sebenarmya siap bukak blog untuk kutuk pensyarah2 dye. Blog yg diberi nama BAD LECTURERS ni menyenaraikan pensyarah2 yg dye tak suka. Siap buat description lg.
Ehmmm, ada jugak kes macam ni kn?? Sape la tuan punya blog ni?


Actually, td Cik CM try bukak portal u nak tengok nama lecturer pelawat untuk praktikal ni. Bese la budak tak abis skola lg kan.. Huhu..  Bukak2 je portal nama tak kenai pulak yg kluar.. Adooii, dalam hati resah, gelisah, gundah, gulana pkir sape la gerangan lecturer yg tak diundang tu.. Aish !


slip praktikum Cik CM



Tangan dengan pantas menaip nama beliau di portal. Tapi............ 

 "tiada data"???


So, Cik CM trpaksa menggunakan satu2nya alternatif yg ada ngan tanya pak cik Google !
Pak cik Google ngan senang hatinya memberi blog yg Cik CM mentionkn td..


Bole tahan muka lecturer ni.. ;p

Tu dia aih ! Bole tahan jugak budak ni mengata. Asalnya nak tengok muka je. Bajet nak knai2 la senang kalau dye dtg mengejut bole la cam muka dye. Last2 dapat taw sket2 perangai lecturer ni.. Hahaha
Btw, ni taon 2006. Da 6 taon berlalu. Agak2 still sme ke eyh???? Hmmm...

Psssttt.. tak yah taw la dr u mne.. Hehe


p/s: Tak baik memburuk2kan pensyarah or guru kita sebab nanti tak berkat ilmu yg kita belajar.. :')

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Wednesday 26 September 2012

Wordless wednesday # 1






p/s: Sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yg diberikan.. ♥ Allah :')
**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Friday 21 September 2012

Iklan !! Kelas chess bersama Ratu Chess Malaysia




ASSALAMUALAIKUM !
 




Sape peminat chess kat sini????
Cik CM tak berapa minat. Tapi kalau badminton n bola sepak takpe la. Dua permainan ni je yg femes kat Malaysia pun kan???


Hari ni Cik CM nak tolong mak sedara Cik CM. Dye nak buat kelas chess. Tapi kelas ni hanya untuk budak berumur 4 hingga 6 tahun. Yg paling special setiap kelas mi akan dihadiri ratu chess Malaysia. Korang pernah dengar tak nama Puteri Rabiatul Adawiyah. Nak taw cite pasai pe bole tengok link bawah ni. 



Puteri Rabiatul Adawiyah ni merupakan atlit termuda negara sebab mewakili negara dalam pertandingan catur kat india taon lepas ketika berumur 4 tahun ! Kau hado??? Hahahaha.... Cik CM time2 camni stil isap puting lg.. ooppss!!


Sape2 yg ada anak or adik2 yg msih kecik tu bole la anta. Korang taw tak main chess ni bole kembangkan minda dengan cepat sebab kita kene banyak pikir. mana la taw satu ari nanti akan jd macam si cilik Adawiyah ni..


Nak join kelas bole kol no ni.. 

012-3415030

Ataupun tinggalkan komen anda di kotak komen di bawah. insyaAllah Cik CM akan hubungi korang.. Eh ! Lupa nak bg taw.. hanya area Shah Alam je taw..


Sambil2 tu ringan2kn tangan like fanpage Puteri Rabiatul Adawiyah ni... :')

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Ibu Kejam ! Gadis OKU dibuang di tepi jalan




ASSALAMUALAIKUM !


gambar sekadar hiasan


Satu lagi kisah menyayat hati apabila sorang gadis OKU dibuang ibunya di tepi jalan...



BUTTERWORTH: “Kalau hang (awak) balik juga, mak pukul dengan kayu,” kata Zuraini Abdul Kadir, 29, gadis lembam ketika menceritakan nasibnya yang mendakwa `dibuang’ keluarganya sendiri.
Lebih malang, gadis berkenaan yang juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bukan saja tidak dikehendaki ibu bapanya yang sudah berpisah itu tetapi, ‘dibuang’ dengan cara menyayat hati apabila ditolak keluar dari kereta, Ahad lalu. Difahamkan, gadis berkenaan dibiarkan di tepi jalan bersama beg pakaian dekat Taman Cantik, di sini, selepas ditinggalkan ibu kandungnya bersama bapa tiri dan seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi gadis malang itu apabila seorang saudaranya yang kebetulan melalui jalan itu menemuinya sebelum membawanya pulang ke rumah mereka.
Selain itu, gadis berkenaan dikatakan bukan sekadar ‘dibuang’, tetapi wang bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan sejak dua tahun lalu dipercayai dikeluarkan keluarganya tanpa pengetahuannya berikutan dia tidak tahu menulis dan membaca.

Difahamkan juga, ibunya kini tinggal di Kulim, Kedah, manakala bapanya pula menetap di Ampang Jajar, di sini Gadis berkenaan ditemui media ketika menerima kunjungan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan, David Chua bersama pegawai JKM di rumah ibu saudaranya di Kampung Federal, di sini semalam.

Zuraini yang faham penderitaan dialaminya sesekali menitiskan air mata walaupun tidak dapat menceritakan dengan panjang lebar sejarah hidupnya itu.

“Saya sayang mak...sayang bapa, tapi mak tak sayang saya,” katanya dalam keadaan sebak.

Ibu saudaranya, Zaiton Abu Ghany, 39, berkata, Zuraini adalah anak sulung daripada empat beradik pada mulanya dijaga ibu bapanya sejak dilahirkan sebelum dihantar ke Taman Sinar Harapan Jubli, Johor Bahru ketika berusia lapan tahun sehingga gadis itu berusia 26 tahun.
Menurutnya, selepas itu dia dijaga pula ibu tirinya sebelum dihantar ke Darul Hanan di Pongsu Seribu, di sini, pada 2010. Katanya, pengurusan pusat jagaan itu menyerahkan semula gadis terbabit kepada ibu tirinya pada Julai lalu disebabkan masalah tertentu.

“Saya diberitahu dia kemudiannya diserahkan pula kepada ibu kandungnya hinggalah saya menemuinya di tepi jalan di Taman Cantik bersama beg pakaian lalu membawanya pulang ke rumah,” katanya.

Menurut Zaiton, jika diberi peluang dia boleh menjaga Zuraini tetapi rumahnya sendiri juga sempit dengan hanya sebuah bilik selain mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa.

“Kami simpati nasibnya yang dibuang ibu bapa kandung dan tiri. Kalau saya orang senang, tentu saya akan menjaganya, tetapi masalahnya saya sendiri pun orang susah,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Utara, Mohd Rahim Mohd Aliff berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kes Zuraini kerana gadis itu pernah ditempatkan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bagan Indah, di sini sebelum ke Darul Hanan.

“Setakat ini, dia masih mempunyai ibu bapa kandung serta ibu bapa tiri dan jika siasatan kami mendapati tidak diterima keluarga sendiri, kemungkinan akan ditempatkan di Rumah Perlindungan Jitra di Kedah selepas ini,” katanya.



p/s:masih ada jugak ibu yg macam ni..hmmm
**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**