Kawan2 Cik CM

Saturday, 4 August 2012

Illuminati dalam video RIHANNA?



Salam Ramadhan semua!

Okehh..perasan tak dengan tajuk kat atas tu? Entry Cik CM kali ni mengenai seorang penyanyi wanita Hollywood  yang femes kat Malaysia iaitu Rihanna. Korang semua mesti kenai kan? Alaa, penyanyi yang terkenal dengan lagu Umbrella tu.. ela..ela..eehh..(oopss!menyanyi lak)..


So, apa kisah wanita ni???


Apa yang Cik CM ingin sampaikan di sini adalah mengenai klip video terbaru beliau Where Have You Been. Korang pernah dengar tak? Terdapat beberapa scene dalam video tu ada simbol illuminati!! Hurm, kalau tak silap saya, ada sesetengah blogger  ada cerita pasal Rihanna ni pengikut dajjal. tapi tak ingat la blog mana. Dulu Lady Gagap.. ramai jugak yang da boikot minah sorang ni. Skang ni Rihanna pulak..


Sebenarnya Cik CM tak perasan pun pasal benda ni. tapi adik Cik CM la yang cerita waktu balik Ipoh ari tu.  Lepas tu pulak tengok kt iklan memang tak dapat disangkalkan lagi la. yang peliknya iklan tu tunjuk kat part tu je..memang kantoi la kan. Dalam video tu, dilihat Rihanna dan beberapa dancers try buat formation mata n kepala Rihanna sebagai anak mata.. Memang REAL kot. Terdapat jugak la scene di mana Rihanna menunjukkan mata yang ketiga tetapi dalam bentuk lensa kamera. So, kat bawah ni Cik CM sertakan beberapa gambar yang menunjukkan simbol2 illuminati dalam lagu terbaru Rihanna ni. Korang tengok la ye...

mata satu??


formation bentuk mata


simbol mata ketiga yang ditunjukkan


Nak tengok lebih REAL korang boleh tengok video dari youtube ni kat sini... Cik CM ada letak kat bawah ni..


  Ni rekod yang Cik CM dapat dari video ni. Rupanya ramai jugak yang tengok video minah ni. Tapi yang paling Cik CM suka ada jugak yang dislike walaupun ramai yang like.. thanx la pd sape yg dislike tu.. Jom dislike sama2 nak???    
p/s: dulu boikot Lady Gagap.. sekarang giliran Rihanna..menyesal pulak simpan banyak lagu dia..=.='  *semua pic diambil dari pak cik google..
**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Friday, 3 August 2012

Calon SPM ditangkap KHALWAT??

 

Salam Ramadhan semua..hari ni da 14 hari kita berpuasa kan..Alhamdulillah.. 

Erm, pabila melihatkan tajuk di atas dan tengok kat berita tv9 semalam saya mengucap panjang..toi la orang cakap budak2 zaman sekarang ni da tak sama dengan budak2 zaman dulu.. mereka terlalu bebas sekarang.. cuba anda bayangkan dalam usia yang masih muda sudah ditangkap khalwat.. 


Berdasarkan berita..seorang pelajar perempuan merupakan calon SPM ditangkap khalwat bersama pasangannya di sebuah pusat peranginan di Dungun pada pukul 9.15 pagi oleh Pegawai Agama Islam Daerah Dungun(pagi2 lagi da dating??). Pelajar perempuan tu mengaku membohongi keluarga untuk ke sekolah. Pasangannya pula merupakan seorang pembantu kedai makan dan mengaku berjumpa dengan pelajar tersebut untuk menyiapkan kerja sekolahnya.


Kemudian, pasangan tersebut ingin di bawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan dan dijamin oleh pihak keluarga. Namun, pelajar tersebut enggan mengikut dan merayu supaya tidak diberitahu kepada keluarga. Pelajar tersebut bagaimanapun dipujuk oleh pegawai wanita dan pasangannya dan akhirnya akur untuk mengikut pegawai tersebut ke pejabat Agama Islam.


Kesian parents dia. kalau nak tolong buat kerja sekolah sekalipun tak boleh ke dok dekat tempat terang, orang ramai tak pun pergi rumah family pelajar tersebut. tak perlu dok kat tempat yang sunyi.


Cik CM ingat lagi waktu sekolah dulu, cikgu saya cakap (tak ingat nama cikgu) kalau study berdua ni takde ilmu yang msok pun.. sebabnye..... syaitan tu dok tengah2..dok menghasut,menggoda suruh buat benda lain.. tu yang banyak terpesong tu... so, kalau nak berjumpa, jumpa di tempat yang selamat, ramai orang takde la timbul fitnah..kan da malu keluarga....masok tv lak..




Cik CM pun tak paham, nak buat kerja skola kat mana kalu camni..dok dalam jurang..memang la kene tangkap dik oi....



p/s:lepas ni date ajak parents okehh..:')

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**