Kawan2 Cik CM

Thursday, 2 August 2012

Kanak-Kanak di China nyaris maut, polis bantuan jadi HERO


Salam Ramadhan semua.. sape yang tengok berita tv9 semalam?? kalau sape yang tengok pasti akan tahu pasal berita yang keluar semalam kan. Kisah tentang kanak2 China yang nyaris maut digilis lori tapi diselamatkan oleh seorang polis bantuan di situ yang berkorban nyawa untuk selamatkan kanak2 malang tersebut.


Kejadian berlaku apabila seorang wanita telah membawa anaknya dengan menaiki basikal. namun setibanya di belakang sebuah lori, lori tersebut telah berundur dan mengakibatkan kanak2 tersebut terjatuh dan terperosok di bawah lori yang sedang berundur. 


Orang ramai yang berada berdekatan menjerit dan tindakan tangkas seorang polis bantuan yang berada di situ telah berkorban nyawa menarik kanak2 tersebut keluar yang berada hanya 1 meter dari tayar lori tersebut. 


Kanak2 tersebut bagaimanapun terselamat dan polis bantuan diangkat sebagai wira begitu juga dengan bapa kanak2 tersebut. Rakaman tersebut berjaya diambil dari cctv lalu lintas yang berdekatan. Cik CM tak jumpa video tersebut tapi ada beberapa printscreen dari berita tv9. nak tengok lebih lanhut boleh tengok di tonton berita tv9.



sedang menyeberangi jalan raya
ibu dan kanank2 tersebut di belakang lori
polis bantuan cuba selamatkan kanak2 tersebut




p/s: nasib la ada jugak orang China yang baik nak selamatkan kanak2 tersebut. kalau ikotkan sebelum2 ni jangan harap la terutama dengan undang2 China yang agak kejam....


**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Friday, 20 July 2012

Kedatangan yang Dinantikan


Salam semua.. Fuhhh !! agak lama jugak eyh Cik CM tak update kat sini..last update dulu bulan lima waktu hari ibu. Hari ini tetiba rasa nak update lak sebab tengah kebosanan di tempat keje.. oooppss!! Lupa lak.. da lama tak update kan so banyak la story mory yang korang tak tahu kan..

Actually (speaking la pulak kan..)  Cik CM  da tamat belajar.. skang ni tengah buat intern dekat Jabtan Perpaduan Negara dan Integrasi National (JPNIN). Cik CM pun penin camne leh dok kat Jabatan ni.. tapi memang best la.. dorang sume baik2.. ( bukan nak bodek eyh..). 
 
So, berbalik semula ke tajuk asal kita.. Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Ari ni merupakan jumaat terakhir dan ari terkhir bagi bulan Syaaban. Para muslimat sekalian jangan lupa pergi solat jumaat untuk jumaat terakhir ni ye..:)

Korang taw kan bila kita akan berpuasa. Sebenarnya Cik CM tak dan nak tengok pengumuman pose.. bizi cari tiket nak balik kampong punya pasal.. sedih merantau lagi.. :’(  Cik CM memang tunggu2 nak tengok pengumuman pose n raya ni.. almaklumlah, dalam setahun hanya 3 kali je dapat tengok kan..

sumber: dari pesbuk adik..tak taw dye kutip dr mana..


Cik CM taknak celoteh panjang2 kat sini.. macam da tak reti nak menaip da..huhuhu.. apa2 pun...     
       
      Salam Ramadhan al-Mubarak buat semua umat Islam di Malaysia dan rakan2 blogger dan facebook  sekalian.. 

Jangan ingat nak raya je taw..pose dulu.. semoga pose kita pada tahun ni lebih baik dari yang sebelum ni.  Kalau ada kelapangan pergilah ke surau2 atau masjid2 yang berdekatan berterawih di situ. Gunalah kesempatan yang ada untuk menambahkan amal ibadat kita kerana pada bulan ni pintu syurga di buka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Pesan saya yang terakhir jangan penuhkan plastic hitam di rumah anda di siang hari ye.. syaitan da kene ikat jangan kita lak jadi lebih jahat dari syaitan.
Salam semua.. @_@v




p/s: Alhamdulillah ada tiket balik kampong..merasa la pose fez kat rumah..nikmatnyeee~~


**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**