Kawan2 Cik CM

Tuesday, 2 April 2013

Bila tengok Qhaliff Iman...


Assalamualaikum semua..




Korang kenai tak budak tecik pipi labuh rasa nak gigit2 ni.. Hehehe.. Kalau korang yang selalu follow cerita di blog Ben Ashaari kompem2 akan kenai budak tecik ni.. Okeh la ni la Qhaliff Iman anak Abang Ben.

Entry ni Cik CM tujukan khas untuk Qhaliff sempena befday dye ari ni.


***2 April 2013***


HAPPY BEFDAY SI KECIK MUHAMMAD QHALIFF IMAN!!

Nah, kek tipu untuk Qhaliff.. hehehe





Aunty (da tua pulak rasa) Acik la.. bole pulak kann?? Acik doakan semoga Qhaliff membesar dengan baik, dipanjangkan umur dan sentiasa menjadi anak yang soleh. Jangan berdendam dengan daddy Qhaliff walaupun beliau selalu buli Qhaliff .. hehehe..


Acik selalu singgah blog daddy Qhaliff ni tapi jadi silent reader je la.. Opss ! Kantoi pulak.. hehehe.. Kadang2 ada jugak tinggalkan komen okeh. Yela, sehari tak tengok muka Qhaliff rasa rindu sangat. Hari2 Acik tengok perkembangan Qhaliff sejak lahir sampai la da nak masok staon da. Rasa cepat je masa berlalu.

Acik takde anak sebab tak kahwin lagi.. hehehe.. Tapi, bila tengok Qhaliff membesar naluri keibuan makin menonjol-nonjol pulak. Acik harap kalau dah ada anak nanti nak anak macam Qhaliff la. Qhaliff walaupun kecik nampak bijak, pandai jaga hati orang tua... sejuk mata memandang la tengok Qhaliff.Nak taw lebih lanjut pasai Qhaliff baca kat sini okehh.. SINI


Khas utk abang Ben, sory la curik pic Qhaliff senyap2 dari fb abang Ben and selalu jadi silent reader je.. hehehe.. Kalau saya tak dapat anak macam Qhaliff jadi menantu saya okeh jugak kan?? Nak booking awai2..Hahahha.. Jangan marah na.. and tahniah jugak sebab berjaya membesarkan Qhaliff. Tak semua lelaki dapat buat macam apa yang abang Ben buat.


Nak kasi fair buat Abang Ben.. Asyik cerita pasai Qhaliff je kan..







p/s : Sampaikan peluk cium buat si tecik Qhaliff Iman.. hehehhe.. Always miss u..
**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Friday, 29 March 2013

Kenapa tak solat Jumaat?


Salam Jumaat semua..


Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Malahan dalam sebuah hadith menyebutkan bahawa hari Jumaat merupakan hari yang lebih baik daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri. Daripada Abu Lubabah bin ‘Abdul Mundzir Radhiallahu ‘anhu, meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat ialah kepala sekalian hari dan hari yang terbesar di sisi Allah, dan ia lebih besar di sisi Allah daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri...”

(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Solat Jumaat pula diwajibkan ke atas setiap lelaki Islam yang merdeka, baligh, berakal, bermuqim dan tidak ada keuzuran. Kewajipan ini juga telah disebutkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran sebgaimana firmanNYa


“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

(Surah al-Jumu‘ah: 9)

 
Rasulullah saw. bersabda,

“Solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap orang Islam secara berjemaah kecuali empat iaitu hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit”.

(HR Abu Daud dan Al-Hakim)


 
Namun terdapat pelbagai alasan yang diberikan untuk meninggalkan solat Jumaat. Lihat situasi di bawah.




Sesiapa yang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat tanpa ada uzur syar‘i adalah perbuatan dosa dan melanggar perintah Allah, apatah lagi jika meninggalkannya tiga kali berturut-turut, hatinya akan dicap oleh Allah sebagai hati orang munafiq.

Abu al-Ja‘di adh-Dhamriy R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya:
“Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa keuzuran maka dia adalah munafiq.”
(Hadits riwayat Ibnu Hibban)

Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas R.A, beliau berkata:

Maksudnya:
“Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut maka dia telah membuang Islam itu di belakangnya (meninggalkannya).”
(Hadits riwayat Abu Ya‘la)


Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud R.A bahawa pernah Rasulullah S.A.W bersabda kepada satu kaum yang tidak bersembahyang fardhu Jumaat, Baginda bersabda:

Maksudnya:
“Aku menitikberatkan (memerintahkan) supaya seorang lelaki itu bersembahyang dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam untuk membakar rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang Jumaat.”

(Hadits riwayat Muslim)


Oleh itu, kaum Adam sekalian janganlah korang meringan2kan solat Jumaat ni melainkan ada keuzuran syar‘i.

 


**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Wednesday, 27 March 2013

Sila terasa perokok2 tegar sekalian


#Entry sempena Wordless Wednesday... Huhuhu








Sumber : Facebook

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Tuesday, 26 March 2013

Drama Swasta yang tak ditayangkan di TV


Assalamualaikum semua !

Hari ni teman nak cerita satu cerita yg jadi kat teman semalam.. Hehe ( ada gaya Kak Rock Galaksi TV9 tak?? ). Krikk..krikk 


Sekadar hiasan

Okehh2.. Semalam sedang Cik CM tunggu bas Mini selama hampir setengah jam di kawan Anggerik Mall bertempat di Seksyen 14 Shah Alam, ada dua buah kereta iaitu kereta Waja dan kereta Citra berhenti di tengah2 jalan raya. Kawasan jalan raya tu memang kawasan yang agak sunyi  jugak la tapi, jalan ni kiranya salah satu jalan utk masok ke highway. Penduduk2 Shah Alam mebi akan taw jalan ni..

Mula2, Cik CM ingat ada eksiden kat situ sebab ada sorang laki keluar dari kereta Waja tu dan nampak macam marah2 kat driver kereta Citra tu. Tapi, tak lama lepas tu kedua2 kereta tu bergerak ke tepi jalan betul2 dekat jalan masok ke highway tu. Okeh, takpe la Cik CM tengok cmtu je la kan...

Kemudian, that guy yang naik kereta Waja tu keluar balik and try nak bukak pintu di sebelah tempat penumpang kat bahagian depan kereta Citra tu tapi tak berjaya. Tetiba laki tu pandang Cik CM yg tengah usha pe yg dorang nak wat. Hah, time ni perasaan cuak mula menyelubungi diri. Mana tak nya, Cik CM  da la berdiri sorang2 kat situ. Buatnya laki tu dtg and serang Cik CM tak ke naya.. (tau takot). Huhuhu.. Tapi, lepastu laki tu berjaya la bukak pintu tu. Agak lama jugak la dorang sembang kat situ.


Tiba2.......


Pemilik kereta Citra tu pon keluar dr kereta. Ohh, pompuan rupanya.. That lady yang cantik ni berjalan menuju ke arah kereta Waja dengan lajunya. Lagak gaya macam nak tinggaikan keretanya and balik rumah jalan kaki.. Agaknyalah!

Okehh, drama bermula kat sini bila that guy tu try tarik tangan pompuan tu.. hahaha.. Da macam cerita hindustan pulak kan. Dalam hati Cik CM


"Ohh, laki bini gadoh ghopenye..."


Dan berlakulah adegan tarik-menarik, kejar-mengejar, pukul-memukul, jerit-menjerit kat situ. Part paling tak best bila si Isteri ni tadi hampir2 nak kene langgar ngan kereta yang lalu lang kat situ. Pesta Hon bermulalah kat situ.. Bole pulak kan?

" Agak2 la nak pujuk bini pon cik abang oi.. jangan sampai membahayakan nyawa bini abang sendiri"

Kes pon setel camtu je sebab telah menyebabkan jammed yang terok kat situ. Sekian drama swasta dr Cik CM. Sory entry panjang sikit.. and sory takde gambar yg di ambil sbb pakai fon cikai je.. Hehehe.. Kalau tak saya biar gambar yg bercerita je. So, sayangilah bini2 anda. Kalau nak gado, gado kat rumah ye. Setakat nak tunjuk kat orang tak payah la. Buat orang MENYAMPAH je !




**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Friday, 22 March 2013

Blog tersadai..... lagi??




Assalamualaikum makcik2, pakcik2, cik kak, cik abang, adik2 yg tengah skodeng blog ni...
Uolls sihat ke? Da lama tak dengar berita kn? (Ayat macam nak tulih surat je)


Pergghh!! da lama tak menaip rasa macam apa je. Okehh, blog da bersawang.. tulisan pon da tak nampak da ni. So, kene stat mengemas (malasnyeee).


Kalau ekotkan masok post ari ni 22 Mac 2013, n mengikut tarikh akhir Cik CM hupdate blog 23 Oktober 2012 da cukup 5 bulan blog fofular (popular la sangat) "Celoteh Cik CM" tersadai dengan jayanya... HAHAHA.. Suatu jangka masa yang tak terjangka. Bawah ni buktinya...




Last hupdate aritu pasai kes ragut. Thanks kat uolls2 semua yg sudi jugak melawat n singgah blog bersawang ni n still sudi komen n follow2 blog ni. InsyaAllah kalau ada masa nanti Cik CM singgah tempat korang ye.. Jangan lupa masak sedap2 sket.. hewhew..


Okeh la, mood berblogging da datang.. InsyaAllah akan sentiasa rajin hupdate blog ni. Uolls semua tunggu tau.


p/s: rasa2 tak perlu kot cerita nape blog ni tersadai lama sgt.. hehee

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**