Kawan2 Cik CM

Monday, 27 August 2012

Segmen : JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG SEBANYAK YANG MUNGKIN !



Assalamualaikum !




Sempena raya ni Cik CM nak join segmen Izzah Ismail laa.


Kalau korang berminat bole la klik kat banner tu okehh n follow step2 yg diberikan.. Izzah cakap takyah tag. so, takde sape yg akan di tag.. Hahaha (lurus betoi).


Follower Cik CM (tak ramai pun)
18 orang


Tarikh Tutup Penyertaan
15 September 2012 (befday Izzah)


**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Cuti Raya abis suda..


Salam Aidilfitri !


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Kalau ada salah dan silap mohon dimaafi. Raya sebulan kan?  Sempat lagi la Cik CM nak mintak maap kat korang kan?? Tapi duit raya takde laa. Almaklumlah, baru praktikal. Dok jaoh ngan family lak. Erm, da masok raya ke- 9 baru nak mintak maap ! ish2 ! Sory la ye. Cik CM cuti blog pun kene cuti jugak laa kan.. Baru la feel raya.. Hahaha 


Kalau da bole buat entry means cuti raya pown da abis laa. so, kene la balik pada asal. Keje, keje, dan keje. Perggh ! Boring kowt ! Monday Blues~~~~ zzZZZ


Raya taon ni cam bese balik kampung tercinta, terindu, tersayang kat manjoi, ipoh. Ipoh Mali maaa.. tara sombong punya (pelat cina). Teman mana ada kampung. Tu untung idop merantau. Bila sampai time raya merasa laa balik kampung. Kalau idak dok menapak je laa kat ghumah tu bertahun2 tunggu orang datang.. Huhuhu


Tema baju raya kitorang taon ni.........


[PURPLE]

 kalau pandai teka mana satu Cik CM.. :')


Kitorang tiap2 taon ada kaler tema sendiri. Kalau bole 1 rumah nak guna kaler yg sama. dari baju, langsir, sarung kusyen (takde sofa), tikar, pe lagi... tu je la kowt.. Kau hado??? 


Raya taon ni cam bese cam taon2 lepas. Raya fez dok umah tunggu orang datang. Raya ke-2 n ke-3 raya umah tok sedara n sedara-mara yang lain. n special punya raya ke-5 raya umah future mak mentua kat Grik, Perak.. Hehehe (gelak malu). 


Cik CM taknak celoteh panjang2. Bese la mod raya tak abis lagi.. so, kalau ada sape2 yg buat open house tu jangan segan silu jemput Cik CM. Saya kalau bab makan tak malu punya.. Hahaha..



p/s: keinginan nak makan ketupat tak tercapai lg...



**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Wednesday, 15 August 2012

Tragedi Sebelum Raya



Salam Ramadhan kawan2..



Kalau tak silap, ari ni ari ke-26 kita berpose kan? Jap je masa berlalu. InsyaAllah lagi 3 ari kita akan menyambut Aidilfitri. Mebi ada antara korang yang da siap2 nak balik kampung kan? Perantau cam Cik CM memang selalu balik lambat pun. Orang da siap buat kuih, masak rendang semua baru la Cik CM sampai umah.. Huhuhu. 


Bila nak raya ni macam2 berita kita dengarkan. Berita paling fames skali kompem2 la mercun dan eksiden. Cik CM pun tak paham la. Bukan nak kata la tapi tak kira la raya pe skalipun Aidilfitri, Deepavali, Taon Baru Cina mangsa mercun mesti orang MELAYU kan?? Korang perasan tak? Cina dan India jarang Cik CM dengar. 


Satu lagi eksiden. Malang memang tak berbau. Kalau berbau kompem korang pun nak elakkan.  Tapi sebenarnya tak kisah la bau ke tak kita bole elak sebenarnya. Yang penting attitude kita (speaking pulak). So, kalau nak balik kampung tu berhati2 okehh. Ikutla segala arahan lalu lintas , jadi la pemandu yang berhemah dan ingatlah orang yang tersayang (iklan jap.. Hehe). Kalau yang nek pengangkutan awam macam Cik CM pesan siap2 kat drebar bas tu bawak ikut kelajuan ditetapkan.


Sebenarnya, Cik CM tengok kat kosmo tadi tajuk utama TRAGEDI SEBELUM RAYA.  Tajuk pun seriau dengo(loghat peghak). Macam Cik CM cakap tadi la mercun ngan eksiden mesti ada.

 Mintak simpang la YA ALLAH ! 


Satu lagi Rogol dan Ragut. Yang ni memang da sebati melibatkan kaum Hawa. Sedih tengok kaum saya sendiri jadi mangsa kerakusan manusia !  So, peringatan untuk kaum Hawa sekalian termasuklah saya kalau nak bershopping raya tu ati2 la ye. Kalau bole jalan dengan family. Jangan jalan sorang2. Keadaan dunia akhir zaman ni memang membahayakan. Nyawa manusia da takde nilai asalkan dorang dapat pe yang dorang nak.  Jadi beringatlah  ye!


Kat bawah ni Cik CM sediakan doa pelindung diri dari sebarang musibah. Semoga kita semua sentiasa berda di bawah lindunganNya.. Amin


 



p/s: tak shopping raya sebab takut jalan sorang2

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Nasib Sempat...


Salam Ramadhan semua !


Bila da nak akhir2 pose ni nak bangun sahur pun rasa malas kan? Cik CM paham sebab saya pun alami benda  yang sama jugak. Kalau kat rumah lagi la adik2 Cik CM semuanye pakat liat nak bangun especially adik Cik CM yang bongsu tu. Sket2 nak nanges. Suh bangun makan je pun. Tu pun nak nanges?? Aish, sabar je laa….


Rindunya nak pose kat rumah tu yg dok teringat tu. Huhu.. 
Adat orang merantau la katakan.


Okehh2 kembali pada tajuk asal. Sebenarnya Cik CM terbangun lambat sahur tadi. Padahal da sedar da koi 5.15 jam enset bunyi. Tapi paham2 la kalau da  dok sorang2 tu kan.  Dok merendang dulu sampai tertido.  Sedar2 da koi 5.45!


Hah??! Alamak da lambat?? Camne bole tak sedar ni??



Da abis waktu imsak kot. Tapi Cik CM ada dengar ceramah sorang ustaz ni kat radio. Dia cakap waktu imsak pun kita still bole makan cuma jangan dalam kuantiti yang banyak. Melambat2kan sahur la katakan. Laz2 bangun tros makan nasik sejemput. Nasib la nasik ngan lauk da siap masak.


Lagipun, bangun sahur kan ibadah. Dapat pahala lagi tambah2 pulak 10 terakhir Ramadhan ni. Walaupun ianya sunat di bulan Ramadhan, tapi ianya membawa keberkatan tau.


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).


So, korang jangan malas2 okehh. Tinggal bape ari je lagi da nak abis pose. Peh tu kita akan menyambut lebaran pulak.



p/s: Mood mengantuk lagi sebab bangun mengejut.. Huhu

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Monday, 13 August 2012

Tahniah TEAM MALAYSIA!!



Salam Ramadhan semua! Hari ni da msok hari yang ke-24 kita berpose kan? Alhamdulillah...

U'olls semua taw kan semalam berakhirnya sukan Olimpik London?? Memang meriah macam pembukaannya hari tu. Semalam punya event baru hari ni buat entry baru. Orang cakap da basi. Tapi tak kisah la kan orang nak cakap apa. ADA AKU KESAH?? Haha..



Dalam Olimpik kali ni Malaysia berjaya membawa pulang 2 pingat iaitu pingat perak oleh Datuk Lee Chong Wei menerusi pemain perseorangan badminton dan Pandelela Rinong menerusi acara terjun. Pemain remaja ni memang mengejutkan rakyat Malaysia apabila berjaya menghasilkan pingat selain dari acara badminton. Wahh, hebat !


DLCW dan Pandelela

Walau apa pun kejayaan Malaysia kali ni mengulangi kejayaan Malaysia di Olimpik Atlanta pada tahun 1996 dengan membawa pulang dua pingat iaitu perak dan gangsa juga melalui acara badminton menerusi pasangan beregu, Yap Kim Hock-Cheah Soon Kit dan pemain perseorangan, Rashid Sidek. Malaysia juga pernah membawa pulang satu pingat perak menerusi pemain perseorangan badminton Datuk Lee Chong Wei di Olimpik Beijing 2004. Walaupun DLCW tidak berjaya menebus kekalahan di Beijing 4 taon lalu tapi memang salute la sebab berjaya bagi pingat kat Malaysia. Takpe Datuk kami tak marah.. ^_^ 
 
 

Olimpik London kali ni Malaysia berjaya menduduki tangga ke-63 berkongsi tempat dengan Indonesia berbanding di Olimpik Beijing 4 taon lalu di tangga ke-71 ! Tahniah Team Malaysia! We all proud with u! Mungkin takde rezeki merasa pingat Emas kali ni. Akan datang buat yang lebih baik okehhh...

 Ranking Malaysia

Kat bawah ni video Team Malaysia.. Da jadi lagu faveret adik sedara cik CM...

 
p/s: Agak2 ada lagi tak kontroversi melibatan majlis penutupan olimpik London ni?? 

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Friday, 10 August 2012

Iklan Raya Terbaekk 2012 - BERNAS

Salam Ramadhan semua! Diam tak diam dah 21 ari kita berpose kan. tak lama lagi da nak raya. Camne dengan persiapan raya korang? 


Okeh la Cik CM tak nak cite panjang2. Entry kali ni pasal satu video raya dari BERNAS. Kalau tahun2 sebelum ni kita selalu pikir iklan PETRONAS yang paling the best la kan. Sebabnya tiap2 taon buat kita menangis. Korang da tengok iklan PETRONAS taon ni punya? Pada pandangan Cik CM iklan PETRONAS taon ni still the best cam dulu2 jugak sebab still kekalkan elemen2 keinsafan. Cuma kali ni ada yang lebih baik. Wahh, ada jugak yang bole lawan PETRONAS kan?? 


Apa yang menarik sangat tu??


Kat sini saya nak cite sikit la kat korang sinopsis dia. Iklan ni lebih kurang macam cerita pendek la tapi penuh dengan pengajaran dan keinsafan pada kita supaya sentiasa mensyukuri  segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah S.W.T.. Especially yang still ada parents.. Sape yang tak tengok memang rugi sangat. Cik CM suggest kat korang sebelum tengok tu sediakan tisu2 banyak2 kat tepi korang okehh(bagi jiwa lembut la). Cik CM kompem korang mesti sentap punya la.....


Iklan ni berkisar tentang dua orang sahabat yatim piatu yang sangat istimewa iaitu AHMAD n FIZI. Fizi ni buta n Ahmad ni bisu cuma bole cakap2 sikit2 la. Apa yang menarik mereka ni saling  bantu-membantu antara satu sama lain. Ia mengisahkan macam mana kedua2 sahabat ni berusaha untuk menziarahi pusara ibu Ahmad di hari raya.


Ayat paling sedih:-

"Mak Ahmad, mak Fizi juga"



Salute la BERNAS sebab berjaya buat Cik CM menangis. Tapi kene cover la sebab kat opis ni. Mana bole nangis kuat2.. Haha.. So, kat sini Cik CM sediakan khas untuk korang vid raya BERNAS.. Memang terbaik la..






p/s: Tahniah pada Penerjun wanita negara Pandalela Rinong sebab berjaya mendapat pingat gangsa di Olimpik pagi tadi.. bertambah satu lagi pingat Malaysia....

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Thursday, 9 August 2012

"Segmen : Blogwalking August by Jaja Sutera"




klik banner untuk join..


Salam Ramadhan smua ! 


Entry kali ni ni berkenaan dengan blogwalking bersama cik Jaja ni. Sebenarnya ni baru fez time Cik CM join benda2 camni. Saje nak try la katekan..hehe.. cik Jaja ni buat 1 ogos lg. Tapi saya baru terjumpa dalam salah seorang blogger yang join kan tu baru join. Yang paling bez skali semua blogger yang join Cik Jaja akan letak blog kita dalam bloglist dari 1 ogos sampai 30 september.. pergghh!!


korang kalau nak join pun bole.. :)

tag:- 


**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Saturday, 4 August 2012

Illuminati dalam video RIHANNA?



Salam Ramadhan semua!

Okehh..perasan tak dengan tajuk kat atas tu? Entry Cik CM kali ni mengenai seorang penyanyi wanita Hollywood  yang femes kat Malaysia iaitu Rihanna. Korang semua mesti kenai kan? Alaa, penyanyi yang terkenal dengan lagu Umbrella tu.. ela..ela..eehh..(oopss!menyanyi lak)..


So, apa kisah wanita ni???


Apa yang Cik CM ingin sampaikan di sini adalah mengenai klip video terbaru beliau Where Have You Been. Korang pernah dengar tak? Terdapat beberapa scene dalam video tu ada simbol illuminati!! Hurm, kalau tak silap saya, ada sesetengah blogger  ada cerita pasal Rihanna ni pengikut dajjal. tapi tak ingat la blog mana. Dulu Lady Gagap.. ramai jugak yang da boikot minah sorang ni. Skang ni Rihanna pulak..


Sebenarnya Cik CM tak perasan pun pasal benda ni. tapi adik Cik CM la yang cerita waktu balik Ipoh ari tu.  Lepas tu pulak tengok kt iklan memang tak dapat disangkalkan lagi la. yang peliknya iklan tu tunjuk kat part tu je..memang kantoi la kan. Dalam video tu, dilihat Rihanna dan beberapa dancers try buat formation mata n kepala Rihanna sebagai anak mata.. Memang REAL kot. Terdapat jugak la scene di mana Rihanna menunjukkan mata yang ketiga tetapi dalam bentuk lensa kamera. So, kat bawah ni Cik CM sertakan beberapa gambar yang menunjukkan simbol2 illuminati dalam lagu terbaru Rihanna ni. Korang tengok la ye...

mata satu??


formation bentuk mata


simbol mata ketiga yang ditunjukkan


Nak tengok lebih REAL korang boleh tengok video dari youtube ni kat sini... Cik CM ada letak kat bawah ni..


  Ni rekod yang Cik CM dapat dari video ni. Rupanya ramai jugak yang tengok video minah ni. Tapi yang paling Cik CM suka ada jugak yang dislike walaupun ramai yang like.. thanx la pd sape yg dislike tu.. Jom dislike sama2 nak???    
p/s: dulu boikot Lady Gagap.. sekarang giliran Rihanna..menyesal pulak simpan banyak lagu dia..=.='  *semua pic diambil dari pak cik google..
**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Friday, 3 August 2012

Calon SPM ditangkap KHALWAT??

 

Salam Ramadhan semua..hari ni da 14 hari kita berpuasa kan..Alhamdulillah.. 

Erm, pabila melihatkan tajuk di atas dan tengok kat berita tv9 semalam saya mengucap panjang..toi la orang cakap budak2 zaman sekarang ni da tak sama dengan budak2 zaman dulu.. mereka terlalu bebas sekarang.. cuba anda bayangkan dalam usia yang masih muda sudah ditangkap khalwat.. 


Berdasarkan berita..seorang pelajar perempuan merupakan calon SPM ditangkap khalwat bersama pasangannya di sebuah pusat peranginan di Dungun pada pukul 9.15 pagi oleh Pegawai Agama Islam Daerah Dungun(pagi2 lagi da dating??). Pelajar perempuan tu mengaku membohongi keluarga untuk ke sekolah. Pasangannya pula merupakan seorang pembantu kedai makan dan mengaku berjumpa dengan pelajar tersebut untuk menyiapkan kerja sekolahnya.


Kemudian, pasangan tersebut ingin di bawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan dan dijamin oleh pihak keluarga. Namun, pelajar tersebut enggan mengikut dan merayu supaya tidak diberitahu kepada keluarga. Pelajar tersebut bagaimanapun dipujuk oleh pegawai wanita dan pasangannya dan akhirnya akur untuk mengikut pegawai tersebut ke pejabat Agama Islam.


Kesian parents dia. kalau nak tolong buat kerja sekolah sekalipun tak boleh ke dok dekat tempat terang, orang ramai tak pun pergi rumah family pelajar tersebut. tak perlu dok kat tempat yang sunyi.


Cik CM ingat lagi waktu sekolah dulu, cikgu saya cakap (tak ingat nama cikgu) kalau study berdua ni takde ilmu yang msok pun.. sebabnye..... syaitan tu dok tengah2..dok menghasut,menggoda suruh buat benda lain.. tu yang banyak terpesong tu... so, kalau nak berjumpa, jumpa di tempat yang selamat, ramai orang takde la timbul fitnah..kan da malu keluarga....masok tv lak..




Cik CM pun tak paham, nak buat kerja skola kat mana kalu camni..dok dalam jurang..memang la kene tangkap dik oi....



p/s:lepas ni date ajak parents okehh..:')

**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Thursday, 2 August 2012

Kanak-Kanak di China nyaris maut, polis bantuan jadi HERO


Salam Ramadhan semua.. sape yang tengok berita tv9 semalam?? kalau sape yang tengok pasti akan tahu pasal berita yang keluar semalam kan. Kisah tentang kanak2 China yang nyaris maut digilis lori tapi diselamatkan oleh seorang polis bantuan di situ yang berkorban nyawa untuk selamatkan kanak2 malang tersebut.


Kejadian berlaku apabila seorang wanita telah membawa anaknya dengan menaiki basikal. namun setibanya di belakang sebuah lori, lori tersebut telah berundur dan mengakibatkan kanak2 tersebut terjatuh dan terperosok di bawah lori yang sedang berundur. 


Orang ramai yang berada berdekatan menjerit dan tindakan tangkas seorang polis bantuan yang berada di situ telah berkorban nyawa menarik kanak2 tersebut keluar yang berada hanya 1 meter dari tayar lori tersebut. 


Kanak2 tersebut bagaimanapun terselamat dan polis bantuan diangkat sebagai wira begitu juga dengan bapa kanak2 tersebut. Rakaman tersebut berjaya diambil dari cctv lalu lintas yang berdekatan. Cik CM tak jumpa video tersebut tapi ada beberapa printscreen dari berita tv9. nak tengok lebih lanhut boleh tengok di tonton berita tv9.



sedang menyeberangi jalan raya
ibu dan kanank2 tersebut di belakang lori
polis bantuan cuba selamatkan kanak2 tersebut




p/s: nasib la ada jugak orang China yang baik nak selamatkan kanak2 tersebut. kalau ikotkan sebelum2 ni jangan harap la terutama dengan undang2 China yang agak kejam....


**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**