Kawan2 Cik CM

Tuesday, 2 April 2013

Bila tengok Qhaliff Iman...


Assalamualaikum semua..




Korang kenai tak budak tecik pipi labuh rasa nak gigit2 ni.. Hehehe.. Kalau korang yang selalu follow cerita di blog Ben Ashaari kompem2 akan kenai budak tecik ni.. Okeh la ni la Qhaliff Iman anak Abang Ben.

Entry ni Cik CM tujukan khas untuk Qhaliff sempena befday dye ari ni.


***2 April 2013***


HAPPY BEFDAY SI KECIK MUHAMMAD QHALIFF IMAN!!

Nah, kek tipu untuk Qhaliff.. hehehe





Aunty (da tua pulak rasa) Acik la.. bole pulak kann?? Acik doakan semoga Qhaliff membesar dengan baik, dipanjangkan umur dan sentiasa menjadi anak yang soleh. Jangan berdendam dengan daddy Qhaliff walaupun beliau selalu buli Qhaliff .. hehehe..


Acik selalu singgah blog daddy Qhaliff ni tapi jadi silent reader je la.. Opss ! Kantoi pulak.. hehehe.. Kadang2 ada jugak tinggalkan komen okeh. Yela, sehari tak tengok muka Qhaliff rasa rindu sangat. Hari2 Acik tengok perkembangan Qhaliff sejak lahir sampai la da nak masok staon da. Rasa cepat je masa berlalu.

Acik takde anak sebab tak kahwin lagi.. hehehe.. Tapi, bila tengok Qhaliff membesar naluri keibuan makin menonjol-nonjol pulak. Acik harap kalau dah ada anak nanti nak anak macam Qhaliff la. Qhaliff walaupun kecik nampak bijak, pandai jaga hati orang tua... sejuk mata memandang la tengok Qhaliff.Nak taw lebih lanjut pasai Qhaliff baca kat sini okehh.. SINI


Khas utk abang Ben, sory la curik pic Qhaliff senyap2 dari fb abang Ben and selalu jadi silent reader je.. hehehe.. Kalau saya tak dapat anak macam Qhaliff jadi menantu saya okeh jugak kan?? Nak booking awai2..Hahahha.. Jangan marah na.. and tahniah jugak sebab berjaya membesarkan Qhaliff. Tak semua lelaki dapat buat macam apa yang abang Ben buat.


Nak kasi fair buat Abang Ben.. Asyik cerita pasai Qhaliff je kan..







p/s : Sampaikan peluk cium buat si tecik Qhaliff Iman.. hehehhe.. Always miss u..
**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**

Friday, 29 March 2013

Kenapa tak solat Jumaat?


Salam Jumaat semua..


Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Malahan dalam sebuah hadith menyebutkan bahawa hari Jumaat merupakan hari yang lebih baik daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri. Daripada Abu Lubabah bin ‘Abdul Mundzir Radhiallahu ‘anhu, meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat ialah kepala sekalian hari dan hari yang terbesar di sisi Allah, dan ia lebih besar di sisi Allah daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri...”

(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Solat Jumaat pula diwajibkan ke atas setiap lelaki Islam yang merdeka, baligh, berakal, bermuqim dan tidak ada keuzuran. Kewajipan ini juga telah disebutkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran sebgaimana firmanNYa


“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

(Surah al-Jumu‘ah: 9)

 
Rasulullah saw. bersabda,

“Solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap orang Islam secara berjemaah kecuali empat iaitu hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit”.

(HR Abu Daud dan Al-Hakim)


 
Namun terdapat pelbagai alasan yang diberikan untuk meninggalkan solat Jumaat. Lihat situasi di bawah.




Sesiapa yang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat tanpa ada uzur syar‘i adalah perbuatan dosa dan melanggar perintah Allah, apatah lagi jika meninggalkannya tiga kali berturut-turut, hatinya akan dicap oleh Allah sebagai hati orang munafiq.

Abu al-Ja‘di adh-Dhamriy R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya:
“Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa keuzuran maka dia adalah munafiq.”
(Hadits riwayat Ibnu Hibban)

Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas R.A, beliau berkata:

Maksudnya:
“Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut maka dia telah membuang Islam itu di belakangnya (meninggalkannya).”
(Hadits riwayat Abu Ya‘la)


Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud R.A bahawa pernah Rasulullah S.A.W bersabda kepada satu kaum yang tidak bersembahyang fardhu Jumaat, Baginda bersabda:

Maksudnya:
“Aku menitikberatkan (memerintahkan) supaya seorang lelaki itu bersembahyang dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam untuk membakar rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang Jumaat.”

(Hadits riwayat Muslim)


Oleh itu, kaum Adam sekalian janganlah korang meringan2kan solat Jumaat ni melainkan ada keuzuran syar‘i.

 


**♥ Suka entry ni ? Jangan lupa komen and like okehh ♥**